• Bahasa Melayu (MY)
  • English (UK)

Perpustakaan UMS

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah terdiri daripada empat (4) Perpustakaan & (2) Pusat Perkhidmatan Luar Kampus yang adalah seperti berikut:

Perpustakaan
  1. Perpustakaan Kampus Induk Kota Kinabalu (UMS)
  2. Perpustakaan Cawangan Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL)
  3. Perpustakaan Perubatan
  4. Perpustakaan Kampus Sandakan
Pusat Perkhidmatan Bacaan Luar
  1. Pusat Perkhidmatan Bacaan Luar, Tawau 
    2. Pusat Pendidikan Perubatan Desa Sikuati, Kudat

 

PERPUSTAKAAN INDUK KOTA KINABALU (UMS-KK)

Ditubuhkan pada tahun 1995, perpustakaan ini menyediakan bahan-bahan bagi memenuhi keperluan ahli perpustakaan selaras dengan kursus-kursus dan program yang ditawarkan di Universiti.

 

PERPUSTAKAAN CAWANGAN KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMS-KAL)

Cawangan ini ditubuhkan pada tahun 1999 untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran untuk Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dan Fakulti Komputeran dan Informatik.

KAL1
PERPUSTAKAAN PERUBATAN

Perpustakaan Perubatan mula beroperasi pada bulan Ogos 2011 bagi menyediakan bahan koleksi perubatan. Perpustakaan Perubatan terletak di Bangunan Blok B, Aras 3 dan 4, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

 IMG 20160520 WA0001IMG 20160520 WA0003 

Terdapat tiga (3) blok klinikal dan satu (1) Pusat Pendidikan Perubatan di bawah perpustakaan ini;

Blok Klinikal Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu

Ditubuhkan pada tahun 2007, matlamat tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan maklumat pelajar perubatan dan pensyarah.

Blok Klinikal Duchess of Kent Hospital Sandakan

Ditubuhkan pada tahun 2007, matlamat utama adalah untuk memenuhi keperluan maklumat pelajar yang menjalani latihan praktikal di Hospital Duchess of Kent.

Blok Klinikal Riverside Kingfisher

Ditubuhkan pada tahun 2008, matlamat utama adalah untuk memenuhi keperluan maklumat pelajar yang menjalani latihan praktikal di Hospital Queen Elizabeth.

Pusat Pendidikan Perubatan Desa UMS Sikuati, Kudat

Ditubuhkan pada tahun 2009, matlamat utama adalah bagi memenuhi keperluan maklumat kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di Hospital Kudat dan juga Projek PUPUK.

PERPUSTAKAAN KAMPUS SANDAKAN

Perpustakaan Kampus Sandakan ditubuhkan pada bulan September 2011 dan mula beroperasi pada 3 Oktober, 2011. Kebanyakan daripada koleksi yang terdapat di sini adalah berdasarkan rujukan khusus bahan bagi Fakulti Pertanian Lestari.

IMG 1790
PUSAT PERKHIDMATAN BACAAN LUAR
Pusat Perkhidmatan Bacaan Luar, Tawau

Ditubuhkan pada tahun 2007, matlamat utama adalah untuk memenuhi keperluan maklumat bagi Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS). Koleksi yang sedang dibangunkan adalah berdasarkan kepada program yang ditawarkan dan cadangan pensyarah.

<