• Bahasa Melayu (MY)
  • English (UK)

Peraturan

Peraturan Am

Peraturan Am

  • Pengguna diwajibkan memakai Kad Pelajar/ Pekerja/ Ahli Luar/Pelawat semasa berada di dalam Perpustakaan.
  • Keahlian tidak boleh ditukarmilik
  • Pengguna dilarang membawa masuk beg dan payung ke dalam Perpustakaan. Sila simpan di rak penyimpanan loker yang disediakan dan pengguna dinasihatkan agar tidak meninggalkan barangan berharga di rak penyimpanan/loker.
  • Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan. Pelajar dimestikan mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuat kuasa oleh HEP Universiti semasa bentda di dalam Perpustakaan.
  • Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan Perpustakaan untuk membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
  • Pengguna mesti berkelakuan baik,  sopan dan dilarang merokok, makan dan minum semasa berada di dalam Perpustakaan.
  • Dilarang berbual atau berbuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam Perpustakaan. Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan meninggalkan Perpustakaan.
  • Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam Perpustakaan.
  • Dilarang membawa dan memindahkan bahan Perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
  • Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke troli khas yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas meja.
  • Dilarang mengalih perabot atau menyalahgunakannya.
  • Dilarang membuang sampah dalam atau luar bangunan Perpustakaan.
  • Pengguna yang membuat salinan bahan Perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAK CIPTA.
  • Kehilangan Kad Pelajar/ Pekerja/ Ahli Luar / Bahan Perpustakaan harus dilaporkan segera kepada Perpustakaan UMS.
  • Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan-kemudahan Perpustakaan seperti Perkhidmatan Komputer, Bilik Seminar, Kubikal. Auditorium, Bilik Tayangan dan sebagainya.
  • Pengguna dilarang membawa masuk binatang peliharaan ke dalam Perpustakaan.
  • Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat pengajian mesti memulangkan semula semua bahan yang dipinjam.
  • Nama Pelajar tahun akhir yang tidak menjelaskan denda atau tidak memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat pengajian akan dihantar ke Bahagian Akademik untuk tindakan lanjut (digantung keputusan peperiksaan).
  • Kakitangan akademik yang bercuti belajar atau sabatikal di luar negeri mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.
  • Kakitangan akademik atau bukan akademik yang tamat perkhidmatan / kontrak, berhenti atau bersara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.
  • Kakitangan Perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sila rujuk Kesalahan dan Denda bagi yang melanggar Peraturan Perpustakaan.
  • Pihak Perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan barangan milik pengguna Perpustakaan semasa berada di dalam kawasan Perpustakaan.
  • Pelawat Perpustakaan adalah tertakluk kepada Peraturan Perpustakaan.
  • Perpustakaan berhak menambah dan meminda Peraturan Perpustakaan dari semasa ke semasa.

<