PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN (PAP)/
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN (PPD)

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) atau Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) Merupakan perkhidmatan untuk mendapatkan bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan dari perpustakaan lain. Bayaran salinan foto atau perkhidmatan penghantaran segera seperti Faks, Pos Laju atau Courier Service akan dikenakan kepada pemohon (ahli) apabila bahan diterima.

Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini mesti melengkapkan Borang Tempahan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pengguna.

Peringatan

1. Permohonan PPD / PAP hendaklah dibuat sebulan sebelum bahan diperlukan.

2. Hanya permohonan bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan UMS sahaja yang akan diproses.

3. Had Permohonan

JENIS BAHAN
HAD PINJAMAN
TEMPOH PINJAMAN
BAYARAN (Tidak termasuk bayaran perkhidmatan dan pos)
Buku
5 buah (tertakluk kepada baki pinjaman)
14 hari
percuma
Artikel Bahan
5 buah
-
0.30 sen 1 mukasurat (salinan foto)
Multimedia
2 buah (tertakluk kepada baki pinjaman)
14 hari
Percuma

Perpustakaan lain yang menggunakan perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran perkhidmatan dan pos selain dari kos salinan foto yang dipersetujui oleh ahli Persidangan Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara (PERPUN) dan diamalkan oleh perpustakaan lain di Malaysia.

4. Perkhidmatan Bekalan Dokumen

KATEGORI
RM / BAHAN *
CARA BAYARAN
Ahli Luar
10.00 + *
Tunai / Akaun Deposit
Pengguna Harian
10.00 + *
Tunai Sahaja

*Bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan bagi setiap bahan tidak termasuk bayaran pos, caj faks / telefon, kos salinan foto dan caj pengendalian yang dikenakan oleh pembekal.

*Ahli Luar yang ingin mengakses perkhidmatan pencarian maklumat serta mendapatkan dokumen seperti di atas boleh membuka Akaun Deposit, RM100 - RM300, dengan Perpustakaan UMS. Sistem ini memudahkan pembayaran bagi perkhidmatan yang dikehendaki dengan menolak jumlah dalam akaun tersebut. Jumlah dalam akaun perlu ditambah apabila kurang daripada RM10.00.

Perkhidmatan Pinjaman Antara Kampus

Merupakan perkhidmatan pinjaman bahan di sekitar kampus UMS iaitu Perpustakaan Induk, Perpustakaan Kampus Antarabangsa Labuan dan Bilik Bacaan Sandakan. Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini mesti melengkapkan borang tempahan yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pengguna.


 

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, BEG BERKUNCI NO. 2073, 88999 KOTA KINABALU
TEL: +06 088-320000 ext. 2201 FAKS: +06 088-320232 E-MEL: palibrary@ums.edu.my
URL: http://www.ums.edu.my

WEBMASTER® - COPYRIGHT © 2005. Hakcipta Terpelihara. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Kemaskini : Friday, September 21, 2007