|
PENGENALAN
VISI
MATLAMAT
OBJEKTIF
PIAGAM PELANGGAN
PERPUSTAKAAN
"Berkhidmat Berkualiti
Menerusi Teknologi Semasa"
VISI
Membina Koleksi yang berkualiti serta
kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan seiring dengan perkembangan
teknologi semasa.
Back
to top
MATLAMAT
* Menyediakan bahan dan maklumat untuk
pembelajaran, pengajaran dan penyediaan di Universiti serta untuk
bacaan umum.
* Memberikan khidmat rujukan, rundingan, pinjaman dan pelbagai khidmat
Perpustakaan kepada pelajar, pensyarah, penyelidik serta kakitangan
am Universiti dan ahli luar Perpustakaan.
* Memasarkan maklumat dan perkhidmatan
kepada masyarakat dalam dan luar kampus.
* Memupuk budaya membaca di kalangan
masyarakat dalam dan luar kampus Universiti untuk melahirkan masyarakat
berilmu.
Back
to top
OBJEKTIF
Menyokong dan membantu proses pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan dalam pelbagai bidang melalui penyediaan
kemudahan perkhidmatan maklumat dan bahan rujukan yang berkualiti
dengan lengkap dan berkesan sejajar dengan misi Universiti Malaysia
Sabah.
Back
to top
PIAGAM
PELANGGAN
Kami berjanji akan merealisasikan Falsafah
Kualiti Perpustakaan bagi melaksanakan tanggungjawab:
* Menyediakan dan menyampaikan maklumat
terkini, cepat, tepat dan efektif setiap masa
* memberi khidmat kepada pengguna dengan
mesra dan berkesan.
* Menyediakan suasana pembelajaran
yang selesa serta bahan dan peralatan yang terbaik. Back
to top
PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
merupakan pusat maklumat utama untuk menyokong pembelajaran, pengajaran
dan penyelidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ini adalah
selaras dengan objektif Perpustakaan UMS iaitu "Menyokong dan
membantu proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam
pelbagai bidang melalui penyediaan kemudahan perkhidmatan maklumat
dan bahan rujukan yang berkualiti dengan lengkap dan berkesan sejajar
dengan misi Universiti Malaysia Sabah."
Perpustakaan UMS telah meluaskan lagi
perkhidmatannya di Cawangan Kampus Labuan, Bilik Bacaan Sandakan
dan Bilik Bacaan Tawau (PLUMS).
Perpustakaan
menggunakan Sistem VIRTUA bagi membolehkan pengguna mengakses bahan
melalui OPAC dengan cepat, tepat dan efisien.
Sistem ini bukan hanya boleh diakses menggunakan komputer di sekitar
kampus malah di seluruh dunia melalui url http://webvirtua.ums.edu.my
(WebVirtua).
Koleksi Bahan
Sehingga penghujung tahun 2007,
kumulatif bahan di Perpustakaan Kota Kinabalu ialah lebih kurang
273,472 naskhah monograf 5,153
judul tesis 425 judul bahan terbitan bersiri termasuk
e-jurnal, 28 pangkalan data elektronik, 3,195
judul e-books dan 13,305 judul bahan media dalam
pelbagai bidang yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah.
Perpustakaan
Universiti Malaysia Sabah akan terus berusaha dengan lebih gigih
untuk memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik selaras dengan perkembangan
dan wawasan universiti untuk menjadi sebuah universiti berinovatif
yang bertaraf dunia.
Back
to top
|