|
PERATURAN PERPUSTAKAAN
KESALAHAN DAN DENDA
PERATURAN-PERATURAN LAIN
PERATURAN PERPUSTAKAAN
1. Pengguna
diwajibkan memakai Kad Pelajar / Pekerja / Ahli
Luar semasa berada di dalam Perpustakaan.
2. Keahlian tidak boleh
ditukarmilik.
3. Dilarang
membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam Perpustakaan. Sila
simpan di rak penyimpanan yang disediakan.
4. Pengguna diwajibkan
berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan (Rujuk
pekeliling Perpustakaan). Pelajar
dimestikan mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuatkuasa oleh
HEP Universiti semasa berada di dalam Perpustakaan.
5. Semua bahan yang dibawa keluar dari Perpustakaan mestilah
ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas di Kaunter
Pemeriksaan.
6. Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan fail yang sudah lama
ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan Perpustakaan
untuk membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
7. Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang
merokok, makan dan minum semasa berada di dalam Perpustakaan.
8. Dilarang berbual
atau berbuat bising dan menganggu ketenteraman dalam Perpustakaan.
Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan meninggalkan Perpustakaan.
9. Dilarang
menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam Perpustakaan.
10. Dilarang
membawa dan memindahkan bahan Perpustakaan dari satu koleksi ke
koleksi yang lain.
11. Pengguna haruslah
mengembalikan bahan yang telah digunakan ke rak khas atau troli
yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas
meja.
12. Dilarang mengalih
perabot atau menyalahgunakannya.
13. Dilarang membuang
sampah dalam atau luar bangunan Perpustakaan.
14. Pengguna yang membuat salinan bahan Perpustakaan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan
dengan AKTA HAKCIPTA.
15. Kehilangan Kad Pelajar / Pekerja / Ahli Luar atau bahan perpustakaan
harus dilaporkan segera di Kaunter Rujukan dan Informasi.
16. Pengguna mestilah
mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan
perkhidmatan / kemudahan perpustakaan seperti perkhidmatan komputer,
Bilik Seminar, Kubikal, Auditorium, Bilik Tayangan dan sebagainya.
17. Pengguna dilarang
membawa masuk binatang peliharaan ke dalam Perpustakaan.
18. Pelajar yang menangguh pengajian,
menarik diri, berhenti atau tamat pengajian mesti memulangkan semula
semua bahan yang dipinjam.
19. Nama Pelajar tahun akhir yang
tidak menjelaskan dendaan atau tidak memulangkan bahan yang dipinjam
sebelum tamat pengajian akan dihantar ke Bahagian Akademik untuk
tindakan lanjut (digantung keputusan peperiksaan).
20. Kakitangan akademik yang bercuti
belajar atau sabatikal di luar negeri mesti memulangkan semua bahan
yang dipinjam.
21. Kakitangan akademik atau bukan
akademik yang tamat perkhidmatan / kontrak, berhenti atau bersara
mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.
22. Kakitangan Perpustakaan berhak
menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna
yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sila rujuk Kesalahan
dan Denda bagi yang melanggar peraturan Perpustakaan.
23. Pihak
Perpustakaan berhak menambah dan meminda peraturan Perpustakaan
dari semasa ke semasa.
Kembali ke atas
KESALAHAN
DAN DENDA
| KESALAHAN |
DENDA |
1. Mencuri bahan Perpustakaan.
2. Mengoyakkan bahan perpustakaan (buku / majalah / jurnal)
dengan sengaja.
3. Menconteng bahan perpustakaan (buku / majalah / jurnal)
dengan sengaja.
4 . Merosakkan atau menyalahgunakan alat bacaan / bahan multimedia
dan arkib.
|
a) Gantung keahlian selama
1 semester.
b) Denda tidak lebih dari RM200.
c) Mengesyorkan tindakan yang lebih keras kepada Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
d) Mengesyorkan kepada Pengetua supaya pengguna di buang Asrama. |
5.
Makan / minum dalam Perpustakaan.
6 . Menyalahgunakan perabot, mengalih / merosakkan perabot.
7 . Membuat bising / menggangu ketenteraman pengguna lain.
8 . Membawa fail / beg besar masuk ke Perpustakaan.
9 . Menyepahkan / meninggalkan buku di atas meja / rak.
10. Memindahkan bahan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
|
Gantung keahlian 1 hingga
3 minggu. |
| 11. Membawa dan menyepahkan
bekas makanan / minuman di bangunan Perpustakaan. |
Gantung
keahlian selama 1 bulan. |
| 12. Menghilangkan bahan
Perpustakaan. |
a) Membayar harga bahan
mengikut 3 kali ganda harga semasa, atau
b) Mengantikan bahan yang sama serta membayar wang proses sejumlah
RM50.00.
|
Kembali ke atas
PERATURAN-PERATURAN
LAIN
PANDUAN
PENGGUNAAN KOMPUTER
PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KOMPUTER
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK CD
PANDUAN
PENGGUNAAN KOMPUTER
Pengguna haruslah;
- Menulis maklumat
lengkap seperti yang tertera
di buku Pendaftaran Penggunaan Komputer yang disediakan di Kaunter
Multimedia
- Kad Matrik haruslah
diserahkan di Kaunter Multimedia semasa
penggunaan Komputer.
- Tempahan boleh dibuat dengan menulis nama di
ruang tempahan di buku Pendaftaran Penggunaan Komputer.
- Kad Matrik haruslah
diserahkan di Kaunter Multimedia semasa
tempahan.
- Sekiranya pengguna ingin melanjutkan
tempoh penggunaan selepas
sejam penggunaan, sila datang ke Kaunter Multimedia
15 minit sebelum masa penggunaan
tamat. Walau bagaimanapun, perlanjutan
hanya dibenarkan sekiranya tidak
terdapat tempahan oleh pengguna lain.
- Tempahan pengguna yang tidak
mendaftar masuk selepas 15 minit dari masa yang
sepatutnya, tempahan
akan dibatalkan
oleh kakitangan Multimedia. Sebarang
bantahan tidak dilayan.
- Lain-lain peraturan akan dan boleh dibuat oleh
Ketua Seksyen Multimedia dari masa ke masa.
Kembali ke atas
PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN
KOMPUTER
Pengguna;
- Dilarang
mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada Komputer.
- Dilarang
memasang atau memadam perisian pada Komputer.
- Dilarang
menyimpan (Save) di dalam hard disc Komputer.
- Dilarang
menyalahgunakan perabot (meja dan kerusi), mengalih
/ merosakkan perabot (meja dan kerusi) dan menconteng
perabot.
- Tidak dibenarkan
menggunakan Komputer untuk tujuan bermain Games,
Online-Chatting dan melayari laman web lucah.
- Tidak dibenarkan
membawa bahan perpustakaan yang
belum dipinjam di ruang perkhidmatan Multimedia.
- Dilarang meninggalkan
bahan rujukan di ruang perkhidmatan
Multimedia.
- Sebarang kerosakan
/ masalah pada komputer mesti
dilaporkan dengan segera kepada kakitangan di
Kaunter Perkhidmatan Multimedia.
- Semua pengguna mesti mematuhi peraturan penggunaan
komputer yang telah ditetapkan.
- Kakitangan perpustakaan berhak
menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna
yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Kembali ke atas
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK
CD (PENYELIDIKAN)
- Hanya
ahli berdaftar sahaja yang layak menggunakan perkhidmatan Bilik
CD (Penyelidikan). Keutamaan diberikan kepada Pasca
dan Kakitangan Akademik.
- Sila daftar nama anda dengan lengkap di buku
pendaftaran penggunaan Bilik CD Rujukan (Penyelidikan) yang disediakan
di kaunter Rujukan dan Informasi.
- Penggunaan komputer hanya untuk CD, Pangkalan
data, E-Jurnal dan CD Rujukan serta kemudahan internet (Hanya
untuk pencarian maklumat sahaja).
- Penggunaan CD Rujukan hanya dibenarkan 2
buah sahaja pada satu masa.
- Setiap disket, CD atau pendrive/thumbdrive hendaklah
di scan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Pengguna dibenarkan
muat turun (download) dokumen dengan sayarat disket atau pendrive
hendalah diimbas antivirus (scan) oleh pegawai bertugas di kaunter
Rujukan dan Informasi.
- Penggunaan komputer hanya dibenarkan selama 2
jam sahaja. Jika sekiranya memerlukan masa tambahan
sila maklumkan kepada Pustakawan atau pegawai yang bertugas di
kaunter Rujukan dan Informasi.
- Komputer TIDAK
boleh ditempah.
- TIDAK
dibenarkan menggunakan komputer untuk tujuan bermain games,
online-chatting, dan melayari laman
web lucah.
- Dilarang
mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer.
- Dilarang
memasang atau memadam perisian pada komputer.
- Dilarang
menyimpan data di dalam hard disc komputer.
- Dilarang
menyalahgunakan, menconteng, mengalih, dan merosakkan perabot
dan peralatan di dalam Bilik CD (Penyelidikan).
- Dilarang
membawa bahan perpustakaan yang belum dipinjam ke Bilik CD (Penyelidikan)
selain dari bahan rujukan.
- Dilarang
membawa keluar bahan CD Rujukan atau CD-ROM keluar dari Bilik
CD (Penyelidikan) tanpa kebenaran.
- Dilarang
meninggalkan bahan rujukan di dalam Bilik CD (Penyelidikan).
- Sila matikan suis komputer selepas digunakan.
- Sebarang kerosakan atau masalah pada komputer
mesti dilaporkan dengan segera kepada kakitangan perpustakaan
atau Pustakawan Rujukan dan Informasi.
- Perpustakaan Universiti TIDAK
akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kecurian barangan
berharga pengguna di dalam Bilik CD (Penyelidikan). Pengguna dinasihati
supaya TIDAK meninggalkan
barangan berharga di dalam Bilik CD (penyelidikan).
- Semua pengguna mesti mematuhi peraturan penggunaan
komputer yang telah ditetapkan.
- Kakitangan perpustakaan berhak
menegur dan mengambil tindakan terhadap pengguna yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan.
- Sebarang peraturan yang tidak dinyatakan di atas
ditentukan oleh Ketua Pustakawan dari masa ke masa.
Kembali ke atas
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, BEG BERKUNCI
NO. 2073, 88999 KOTA KINABALU
TEL: +06 088-320000 ext. 2201 FAKS: +06 088-320232 E-MEL: palibrary@ums.edu.my
URL: http://www.ums.edu.my
WEBMASTER ®
- COPYRIGHT © 2005. Hakcipta Terpelihara. Perpustakaan Universiti
Malaysia Sabah
Kemaskini :
Friday, September 21, 2007
|