Home Info Guides Policy Contact Us

 

Polisi

Polisi ini diketengahkan bagi menetapkan kaedah dan dasar penggunaan Turnitin untuk memastikan ia digunakan secara optimum dalam mencegah aktiviti plagiarism di kalangan pelajar khususnya pelajar Pascasiswazah di Universiti Malaysia Sabah.

1.Lesen Turnitin adalah untuk kegunaan Pentadbir, Pensyarah/Penyelia dan Pelajar Pascasiswazah UMS sahaja.

2.Selain daripada tiga di atas adalah Tidak dibenarkan.

3.Pendaftaran akaun (login) perlu menggunakan emel universiti iaitu @ums.edu.my atau @student.ums.edu.my (emel pelajar pascasiswazah). Pentadbir berhak untuk menamatkan akaun pengguna jika tidak berdaftar menggunakan emel universiti.

4.Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik yang bertugas di UMS yang sedang Cuti Belajar di institusi yang sama iaitu di UMS juga adalah dianggap sebagai 'Pelajar UMS'. Mereka LAYAK menggunakan Turnitin.

5.Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik yang bertugas di UMS yang sedang "Cuti Belajar"di institusi SELAIN UMS dianggap 'Bukan Pelajar UMS'. Mereka TIDAK LAYAK menggunakan Turnitin.

6.Turnitin dikawalselia oleh Pentadbir Turnitin UMS yang telah dilantik oleh Pengurusan Perpustakaan UMS.

7.Pentadbir hanya bertanggungjawab dan berkuasa terhadap akaun pensyarah sahaja.

8.Pensyarah/penyelia adalah dipertanggungjawabkan mengawalselia penggunaan akaun pelajar dalam Turnitin termasuk proses muat-naik atau muat-turun fail.

9.Pentadbir tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan fail yang terdapat di dalam kelas-kelas yang diwujudkan dalam Turnitin oleh Pensyarah/ Penyelia.