BANTUAN | SITEMAP | W3C | AHLI MAPITA
Increase size
Reset to Default
Decrease size
  • UTAMA
  • MENGENAI MAPITA
    • Sepintas Lalu
    • Peranan Utama
    • Ahli Jawatankuasa
  • BERITA & PERISTIWA
    • Aktiviti
    • Berita
    • Galeri
  • SEMINAR & LATIHAN
    • Seminar dan Persidangan
    • Bengkel dan Latihan
  • FORUM MAPITA

UTAMA :: Berita :: Penyerang IT sasar kempen secara online

Penyerang IT sasar kempen secara online

postdateiconPublished on Thursday, 13 March 2008 01:42

DALAM keghairahan rakyat Malaysia menantikan 8 Mac ini untuk mengundi, pengguna Internet dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana dijangka terdapat anasir jahat yang akan menghantar e-mel spam dengan niat untuk menyesakkan trafik atau menyebarkan virus atau menghantar perisian pengintip seperti phishing, spyware dan botnet.



Pengurus Besar, Symantec Corporation Malaysia, CM Woon, berkata pengguna perlu berhati-hati ketika melayari internet kerana penyerang teknologi maklumat (IT) mensasarkan kempen secara online sebagai pusat untuk memenuhi hasrat mereka.

 


Dengan kempen sempena pilihan raya menjadi fokus utama setiap parti bertanding termasuk menerusi online, penghantar spam dijangka akan cuba menyebarkan perbuatan jahat mereka ke setiap kempen secara maya, katanya.

Menurut Woon, keselamatan Internet perlu diutamakan memandangkan akses internet ketika pilihan raya akan meningkat secara mendadak kerana pergantungan maklumat melaluinya semakin meluas.

Contoh terbaik isu keselamatan Internet ialah di dalam laman web kempen yang mana sumber maklumat calon terdedah kepada bahaya sekiranya tidak menggunakan sistem keselamatan sewajarnya memandangkan ia bertindak sebagai penyedia maklumat lengkap kepada pengundi, katanya.

Selain itu, kegiatan phishing yang berbahaya kepada pengguna online dapat dibocori penghantar spam apabila cuba memasuki sistem yang digunakan calon untuk berkomunikasi dengan masyarakat di kawasan yang bakal diwakilinya.

Kata Woon, masalah spyware juga boleh terjadi sekiranya pengguna tidak berhati-hati dengan statistik pilihan raya dikhuatiri dicuri pihak tertentu untuk disalahgunakan termasuk kekerapan memasuki laman web, trafik e-mel dan sumbangan kepada kempen yang menyaksikan spyware mampu mengesan aliran semasa.

Ia berlaku ketika kempen pemilihan calon Presiden di Amerika Syarikat 2008 apabila terdapat pengguna menerima kad hadiah bernilai lebih RM1,500 secara online untuk memberi pendapat mereka mengenai calon.

Hillary Clinton yang tidak tahu menahu berkenaan tawaran disebarkan melalui laman web itu, sedangkan ia menuntut maklumat peribadi setiap maklum balas pengirim, jelas Woon.

Jenayah siber ketika pilihan raya mensasarkan maklumat peribadi pelayar internet untuk digunakan pada masa akan datang.

Kata Woon, teknologi Web 2.0 di dalam laman web politik membuka kempen mereka kepada serangan skrip dan kegiatan jahat secara maya lain.

  • BERITA & PERISTIWA
  • Pengumuman
  • Aktiviti
  • Berita
  • Galeri

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Paparan Terbaik: 1024 x 768 window resolution Mozilla Firefox
UMTP © 2011 All Copyright Reserved (UMS)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS, 88400, KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA
Web Admin: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PENGUNJUNG LAMAN INI:

web counter

(Tarikh Akhir Kemaskini: Mon, 27-Jun-2011)