اونيت حال احوال
إسلام دان مسجد
اونيؤرسيتي مليسيا سابه
UNIT HAL EHWAL ISLAM
DAN MASJID
UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH
• Fungsi Unit
Unit
Hal Ehwal Islam dan Masjid menjadi unit didikan dan
bimbingan kepada warga kampus UMS dalam ilmu asas Islam dan ilmu
yang dapat menyempurnakan pembangunan sahsiah dan rohani. Ia juga
berperanan sebagai tempat rujukan berkaitan dengan agama,
permasalahan masyarakat dan pembangunan ummah.
Di samping itu, ia berperanan sebagai penyelaras perhimpunan dan
pertemuan bagi tujuan ibadat, pendidikan, ceramah, forum,
kursus, bengkel dan seminar kepada masyarakat kampus dan sekitarnya.
Ia juga turut menjalankan penerbitan berkaitan dengan Islam seperti
risalah jumaat, takwim solat, siri teks khutbah dan sebagainya.
Di antara fungsi utama Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid
ialah;
vMerancang
dan menyusun program dan aktiviti keagamaan ke arah mempertingkatkan
dan mengukuhkan kefahaman dan penghayatan Islam.
vMengatur
dan mengurus aktiviti masjid ke arah mempertingkatkan syiar Islam.
vMeberikan
khidmat bimbingan dan nasihat dalam usaha mempertingkatkan sahsiah
di kalangan warga kampus.
vMemastikan
masjid berfungsi sebagai tempat ibadat.
vMenganjurkan
kursus, seminar, forum dan bengkel berkaitan hal ehwal Islam.
vMenguruskan
penerbitan risalah jumaat, teks khutbah, Doa, taqwim solat dan
sebagainya.
vMenjadi
rujukan segala perkara berkaitan isu-isu Islam semasa.
•
Struktur Unit
Dalam melaksanakan
tugas-tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam dengan lebih teratur dan
berkesan, Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid UMS bercadang
beroperasi dalam bidang-bidang berikut:
a. Bahagian
Dakwah dan Pendidikan
Merancang, menyelaras dan menyelia program seperti berikut:
Ø
Kuliah Fardhu Ain, Kuliah Maghrib dll.
Ø
Ceramah agama, Kursus, seminar, bengkel dan forum.
Ø
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa.
Ø
Jadual khatib solat Jumaat.
b.
Bahagian
Kebajikan dan Khairat
Merancang, menyelaras dan menyelia program seperti berikut:
Ø
Khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling.
Ø
Khidmat masyarakat.
Ø
Khidmat bimbingan saudara baru.
Ø
Tabung kebajikan
Ø
Zakat
Ø
Pengurusan Jenazah
c. Bahagian
Sambutan dan Perayaan
Merancang, menyelaras dan menyelia program seperti berikut:
Ø
Sambutan hari kebesaran Islam seperti Awal
Muharram, Maulidur
Rasul, Isra’
dan Mi’raj, Ihya Ramadhan dan sebagainya.
Ø
Majlis berbuka puasa.
Ø
Sambutan Aidiladha dan Aidilfitri.
Ø
Ibadat Qurban.
d. Bahagian
Penerangan dan Penerbitan
Merancang, menyelaras dan menerbitkan:
Ø
Risalah Jumaat, teks khutbah, taqwim solat, doa dan
sebagainya