![]() ![]() Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M Peringkat Universiti Malaysia SabahSambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS diadakan selaras memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan sebahagian cara kita untuk menzahirkan rasa kecintaan kita terhadap baginda. Dimana rasa kecintaan tersebut adalah juga rasa kecintaan kita kepada Allah S.W.T. Sambutan Maulidur Rasul ini juga adalah satu cara untuk menyedarkan umat Islam dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadian baginda S.A.W, maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam. Sehubungan dengan itu juga, sambutan seumpama ini amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah S.A.W, manusia yang agung di sisi Allah S.W.T. Objektif Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:-
Tema Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Perlaksanaan Program ini akan diadakan selama lebih kurang 4 minggu bermula pada 17 Januari 2012 sehingga 15 Februari 2012 dan diadakan bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Sasaran Peserta Sasaran peserta program ini adalah seperti berikut:-
Sambutan Maulidur Rasul 1433H/ 2012M Universiti Malaysia Sabah kali ini diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna melalui program dan aktiviti yang diadakan kepada warga UMS khususnya dan masyarakat sekitar amnya. Semoga usaha yang sedikit ini menjadi bukti cinta kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya mendapat syafaat daripada baginda di padang mahsyar nanti. Amin. |
|
© 2012 All Copyright Reserved (UMS) Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Telephone: (+6088) 320000 atau 320474 Fax : (+6088) 320223 |