Bahasa MelayuEnglish (UK)

HEBAAN KEDUA SEMINAR BENCANA 2017

Brosur SEMINAR BENCANA 2017

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera Y. Bhg. Prof Datuk/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Seminar BENCANA 2017, kali yang ke-4. Seminar ini merupakan kesinambungan kepada Seminar Bencana 2015 yang lalu.Tema seminar pada kali ini adalah "Ke Arah Kelestarian Pengurusan Risiko Bencana Yang Lebih Baik". Seminar ini akan di adakan pada tarikh dan tempat seperti berikut;

 

Tarikh   :  22-24 Oktober 2017

Tempat  :  Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah

 

Oleh itu kami mengalu-alukan penyertaan Y. Bhg. Prof Datuk/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/Puan, di dalam seminar ini samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja (lisan dan poster). Setiap kertas kerja yang dihantar, akan disemak dan diterbitkan di dalam prosiding BENCANA 2017. Kertas kerja yang terpilih, akan diterbitkan dalam jurnal berwasit. Untuk maklumat lanjut mengenai seminar ini sila layari laman sesawang https://seminarbencana.wixsite.com/bencana2017 atau menghubungi urusetia seminar This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Bersama-sama ini juga dimajukan brosur untuk rujukan Y. Bhg. Prof Datuk/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/Puan.

Sekian dan terima kasih.