Bahasa MelayuEnglish (UK)

Pengenalan

 

Pengenalan 

Penyelidikan berkaitan dengan bencana alam (gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan hakisan pantai) dijalankan oleh UMS sejak ia ditubuhkan pada 1995 melalui Program Geologi di Fakulti Sains dan Sumber Alam dan melalui Program Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan. Rentetan daripada kejadian bencana gempa bumi dan tsunami yang telah melanda Sumatra pada 2004, Universiti Malaysia Sabah (UMS) merasakan keperluan kritikal terhadap penyelidikan bencana alam. Oleh itu pada Mac 2006, Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) telah ditubuhkan secara formal. NDRC diberi mandat untuk bertindak sebagai tempat pertemuan (focal point) untuk semua penyelidikan di UMS berkaitan dengan bencana alam. NDRC yang ditempatkan di Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) diletakkan di bawah jagaan fakulti sehingga April 2016, apabila UMS memutuskan untuk NDRC menjadi salah satu dari Pusat Kecermelangannya.

 

   

Objektif

Objektif utama NDRC ialah untuk menjana ilmu baru berkaitan dengan mekanisme, impak dan mitigasi bencana alam kearah pengurusan bencana alam yang lebih berkesan dan holistik.

 

Fungsi

Antara fungsi utama NDRC adalah untuk:

  1. Menjalankan penyelidikan fundamental dan gunaan
  2. Menjalankan perundingan dan perkhidmatan
  3. Menghasilkan penerbitan saintifik dan popular
  4. Menganjurkan aktiviti kesedaran awam
  5. Membina pangkalan data berkaitan bencana alam

 

Fokus Penyelidikan

NDRC telah mengenalpasti sekurang-kurangnya enam bidang fokus penyelidikan, iaitu:

  1. Ramalan dan mitigasi gempa bumi dan tsunami
  2. Mekanisme, impak dan mitigasi kestabilan cerun dan tanah runtuh
  3. Punca, impak, mitigasi dan sistem amaran awal untuk banjir
  4. Mitigasi hakisan pantai dan sungai
  5. Ramalan kejadian kemarau dan mitigasi kebakaran hutan
  6. Ramalan ribut dan taufan