Bahasa MelayuEnglish (UK)

Faktor Bencana Banjir Di Daerah Pitas, Sabah

Writers : Zulfadzilawati Senin & Felix Tongkul

Date : 11-12 June 2011

Publisher : National Geoscience Conference 2011

Location : The Puteri Pacific Johor Bahru & Persada International Convention Centre, Johor

Abstract :

Daerah Pitas merupakan suatu kawasan yang selalu dilanda bencana banjir seperti yang telah berlaku pada tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Banjir ini telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir 2009 merupakan banjir paling teruk kerana telah meyebabkan kerugian sehingga RM 10 juta. Untuk mencari penyelesaian bagi bencana banjir ini, satu kajian telah dilakukan di kawasan Pekan Pitas. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan banjir dan menentukan kawasan yang berpotensi mengalami banjir. Antara faktor-faktor penyebab banjir adalah jumlah hujan kumulatif yang tinggi untuk beberapa hari yang berlaku pada musim monsun Timur, topograf yang rendah, morfologi sungai iaitu sungai bermeander dan cetek dan pengaruh air pasang surut dari laut. Antara kawasan yang sangat berpotensi dilanda banjir adalah Kampung Kusilad, Kampung Kabatasan, Kampung Kemiri, Kampung Sibaung, Kampung Feri, Kampung Kalumpang Pantai, Kampung Taka dan Kampung Pondoi.