Cheap PCAnywhere OEM
Discount Levitra Online
Buy Adobe Illustrator
Buy Microsoft Office Professional Plus 2013 Cheap
Windows Xp Price
Buy Microsoft Outlook 2013
Adobe Photoshop Discount
Buy Outlook 2007
Buy Outlook 2010
Cheap MotionBuilder 2012
Download MS OneNote 2013 OEM
Buy Ableton Suite 8
Discount Autodesk Showcase 2012
Khamis, 23 Mei 2013     14 Rejab 1434
Malay (Bahasa Malaysia)English (United Kingdom)
Text Size
W3C RSS Feeds

Soalan Lazim

There are no translations available.

1. Apakah itu Memorandum Persefahaman (MoU)?

  • Ia adalah satu dokumen atau instrumen yan dipersetujui oleh dua pihak atau lebih yang bermaksud untuk menwujudkan hak dan tanggungjawab perundangan. MoU ini menunjukkan komitmen, tetapi dalam bentuk dan perkataan yang menyatakan niat untuk tidak terikat secara undang-undang.

2. Sekiranya sesebuah Sekolah/Pusat/Institut di Universiti Malaysia Sabah ingin memetari Memorandum Persefahaman (MoU) sempena usahasama/kerjasama dengan agensi luar atau dalam negara, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan?

  • Prosedur mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) ini ada dinyatakan dalam Pekeliling Pendaftar Bil 1/2008. Pada dasarnya MoU hendaklah mendapatkan perakuan persetujuan daripada Bahagian Perundangan dan Tatatertib yang akan memberikan implikasi perundangan terhadap Universiti berhubung dokumen MoU berkenaan. Setelah diperakukan diperolehi, barulah cadangan usahasama/kerjasama tersebut dikemukakan kepada kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah Universiti sebelum dimajukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Apakah jenis-jenis kesalahan tatatertib?

  • Kesalahan Tatatertib adalah suatu pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan yang telah ditetapkan didalam Akta 605. Antara kesalahan tatatertib yang digariskan ialah :

1. Mempunyai pekerjaan luar tanpa kebenaran Universiti;

2. Melanggar peraturan dan etiket pakaian yang telah ditetapkan;

3. Mengguna dan/atau mengambil dadah;

4. Menerima atau memberi apa-apa bentuk hadiah tanpa mengisytiharkannya;

5. Menerima atau memberi apa-apa bentuk keraian;

6. Tidak mengisytiharkan harta;

7. Menyenggara taraf hidup melebihi tahap emolumen;

8. Meminjam wang dari mana-mana institusi kewangan yang tidak berdaftar;

9. Mempunyai keterhutangan wang yang serius;

10. Meminjamkan wang dengan faedah;

11. Membuat pernyataan awam tanpa kebenaran Universiti;

12. Mengambil bahagian dalam politik;

13. Tidak hadir bertugas tanpa cuti;

14. Disabitkan dengan kesalahan jenayah (termasuk mahkamah syariah);

15. Melanggar kontrak pembiayaan pelajaran/biasiswa;

16. Merokok dalam kawasan kampus;

17. Melakukan plagiarisme;

18. Melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang bertulis.

4. Apakah jenis-jenis hukuman tatatertib?

  • Dibawah Peraturan 40 Jawatankuasa Tatatertib, mengikut bidang kuasanya boleh menjatuhkan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:-

· Amaran;

· Denda;

· Lucut hak emolumen;

· Tangguh pergerakan gaji;

· Turun gaji;

· Turun pangkat;

· Ditahan kerja;

· Digantung kerja ;

· Buang kerja.

5. Apakah jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan?

  • Terdapat juga jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan yang walaupun tidak disebut secara spesifik didalam Akta 605, namun masih boleh diambil tindakan tatatertib kerana melanggar Peraturan 3 yang melarang seseorang kakitangan Universiti melakukan perkara-perkara berikut:

· Membelakangkan kewajipan kepada Universiti;

· Membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kewajipan kepada Universiti;

· Memburukkan dan mencemarkan nama Universiti;

· Kurang cekap atau kurang berusaha;

· Tidak jujur atau tidak amanah;

· Tidak bertanggungjawab;

· Ingkar perintah;

· Cuai dalam melaksanakan tugas-tugas;

  • Antara jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan yang disebut di atas adalah:

1. Keluar negara tanpa kebenaran / kelulusan;

2. Berhutang dengan “along”;

3. Melakukan gangguan seksual;

4. Tidak mengetik kad perakam waktu;

5. Menggunakan kemudahan / peralatan pejabat / tenaga kerja untuk kepentingan peribadi;

6. Bergaduh/memaki hamun dikhayalak ramai;

7. Melanggar etika sebagai pegawai kerajaan;

8. Membongkarkan maklumat sulit;

9. Menyebarkan maklumat palsu;

10. Melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang bertulis.

HakCipta © 2011 Laman Rasmi Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah. Semua Hak Cipta Terpelihara.

Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah
ARAS 4, BLOK SELATAN, BANGUNAN CANSELORI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH
Tel : 088-320383 / 088-320123 (Direct Line), 088-320000 samb 1417  Faks : 088-320243, Emel: papenums@ums.edu.my

Spread Firefox Affiliate Buttonchromesapari
Paparan Terbaik : 1024 x 768 dan ke atas

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer