Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

JASUMA

Legal and Integrity Division

(English Translation will coming soon)

BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN INTEGRITI

Bahagian Perundangan dan Integriti merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam Memastikan Segala Tindakan Universiti mematuhi prosedur perundangan dan sebagainya;

Misi

Mengukuhkan sistem pentadbiran Universiti melalui perkhidmatan perundangan dan peningkatan integriti dengan cekap dan terbilang.

Visi

Ke arah mencapai kecemerlangan tadbir urus Universiti melalui profesionalisme dalam perkhidmatan perundangan dan integriti.

Objektif

  • Memastikan segala tindakan Universiti mematuhi prosedur perundangan yang telah ditetapkan.
  • Memastikan kepentingan Universiti dari aspek perundangan sentiasa terjaga.
  • Memastikan setiap terma dalam dokumen-dokumen perundangan adalah sah disisi undang-undang.
  • Memastikan pengurusan tindakan tatatertib kakitangan dan juga pelajar dibuat mengikut tatacara yang betul selaras dengan peruntukkan perundangan yang berkaitan

Fungsi-fungsi
SEKSYEN PENASIHATAN
1.    Khidmat nasihat perundangan terhadap hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu perundangan yang melibatkan universiti.
2.    Memastikan kontrak-kontrak pembangunan dan penyelenggaraan universiti yang ditandatangani mematuhi semua undang-undang, peraturan serta polisi kerajaan mengenai tatacara pentadbiran projek yang sedia ada.
3.    Mewakili Universiti dalam memberi nasihat dan pandangan perundangan dan perkara yang melibatkan universiti di peringkat kementerian.

SEKSYEN GUAMAN
1.    Memantau dan melaporkan kes-kes litigasi melibatkan universiti, kakitangan dan/atau pelajar.
2.    Mengeluarkan surat-surat tuntutan bagi pihak Universiti.
3.    Mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggar kontrak.

SEKSYEN GUBALAN
1.    Menyemak dan memberi nasihat tentang penggubalan dan penguatkuasaan statut, kaedah dan peraturan-peraturan universiti.
2.    Menyemak dan menyediakan laporan implikasi perundangan bagi memorandum persefahaman dan perjanjian-perjanjian Universiti.

SEKSYEN TATATERTIB
1.    Menjalankan siasatan & dakwaan bagi kes tatatertib kakitangan & pelajar.
2.    Menguruskan aduan salah laku  jenayah dan tatakelakuan kakitangan & pelajar.

SEKSYEN INTEGRITI
1.    Menjalankan aktiviti pengukuhan dan pematuhan integriti.

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk :
1. Memberikan khidmat nasihat perundangan secara bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh diterima.
2. Memberikan pandangan perundangan mengenai sebarang implikasi undang-undang terhadap sebarang dokumen perjanjian atau memorandum persefahaman dalam tempoh 7 hari bekerja dari dari tarikh diterima.
3. Menyemak dan mengesahkan borang perisytiharaan harta pekerja Universiti dalam tempoh 7 hari dari dari tarikh diterima.
4. Menyelesaikan kes-kes tatatertib pekerja dalam tempoh 8 bulan dari tarikh diterima.
5. Menyelesaikan kes-kes tatatertib pelajar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh diterima.