Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

JASUMA

“Pengalaman Hebat Pelanggan” Fokus Utama Pendaftar UMS Tingkat Sistem Penyampaian Perkhidmatan Universiti

KHAMIS, 5 APRIL – “ACE” (Awesome Customer Experience) atau “Pengalaman Hebat Pelanggan” menjadi fokus utama Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), No’man Haji Ahmad dalam memastikan pengukuhan terhadap tadbir urus dan sistem penyampaian warga kerja universiti.

Katanya, bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, setiap kakitangan perlu memastikan agar pelanggan universiti mendapat nikmat yang baik melalui pengalaman yang hebat semasa mereka berurusan di universiti.

“Kita perlu melaksanakan satu Aku Janji dengan tekad yang tinggi bagi menjadikan setiap pelanggan berasa menjadi sebahagian daripada UMS.

“Kita juga perlu bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik melebihi aku janji yang akan menyebabkan pelanggan berasa gembira dengan mutu perkhidmatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Aspirasi Pendaftar UMS 2018 di Dewan Resital, pagi tadi.

No’man menambah, inisiatif bagi “ACE” adalah membangunkan bakat kepimpinan yang tinggi dan menyeluruh serta meningkatkan kompetensi dalam kalangan Kumpulan Pentadbiran Pengurusan dan Profesional.

“Ini sekali gus akan menyediakan kelompok bakat kepimpinan dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional sebagai pelengkap kepada para ahli akademik bagi menjadikan UMS sebagai pilihan utama pendidikan tinggi,” ujar beliau.

Lebih 500 warga kerja UMS hadir bagi mendengar ucapan aspirasi Pendaftar UMS yang mendokong Amanat Naib Canselor UMS “Bersama Memacu Kecemerlangan”.

Sumber : Laman Web Rasmi UMS