Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

JASUMA

Bahagian Pengurusan Kualiti

BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI

Pewujudan Bahagian Pengurusan Kualiti Universiti di Jabatan Pendaftar telah diluluskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan [PBPU] yang bersidang pada 25 Oktober 2017. Pewujudan ini merupakan transformasi kepada sistem pengurusan kualiti universiti yang diletakkan di Jabatan Pendaftar bertepatan dengan Pendaftar sebagai pemegang kepada UMS KRA 4 memperkukuhkan sistem penyampaian dalam usaha mengekalkan keupayaan UMS sebagai universiti awam yang berupaya menunjukkan tadbir urus yang baik dalam bidang tadbir urus institusi.

Ini juga sejajar dengan statut pendaftar membantu Naib Canselor merancang pelan strategik dan merealisasikan pelan strategik sesuai dengan visi dan misi Universiti.  Transformasi ini juga bakal menyaksikan sistem pengurusan kualiti ini dikendalikan secara komprehensif dengan gabungan kualiti perkhidmatan  bagi sistem penyampaian akademik dan sistem sokongan daripada kumpulan bukan akademik.

Visi
Peneraju transformasi sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti dan mematuhi standard antarabangsa.

Misi
Memperkasakan sistem penyampaian yang berpaksikan pelanggan melalui perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan sejajar dengan pelan strategik UMS serta mematuhi standard antarabangsa.

OBJEKTIF

  1. Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UMS berteraskan penambahbaikan berterusan.
  2. Melaksanakan aktiviti terancang berdasarkan proses berkaitan kualiti bagi memupuk budaya kualiti di kalangan warga UMS.
  3. Memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan mendapat pengiktirafan melalui audit, penandaarasan pihak luar dan maklumbalas pelanggan. 
  4. Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti seiring dengan pelan strategik universiti dan aspirasi pihak pengurusan UMS.
  5. Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti difahami dan dihayati oleh warga UMS.
  6. Meningkatkan kualiti  proses teras dan penyampaian perkhidmatan berdasarkan keperluan pelanggan, maklumbalas pelanggan dan laporan audit.