Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

JASUMA

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

Soalan Lazim Bahagian Keselamatan

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON PELEKAT KENDERAAN?

Dapatkan borang permohonan di Kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan perlulah dikembalikan kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses. Bagi permohonan yang baru anda dikehendaki membawa:-
a)   Lesen Memandu yang sah
b)   Kad Pekerja/ Kad Pelajar
c)   Kad Kereta
d)   Kad Pengenalan

Bagi permohonan lanjutan, anda hanya perlu mengisi borang dan memberikan nombor siri pelekat yang lama.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON PENGIRINGAN VVIP/TETAMU KHAS?
Pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan (BK(T)/01/IRING) dalam 2 salinan dan dikemukakan ke Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.Borang tersebut boleh didapati dari Kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan.

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON PEMASANGAN PAPAN TANDA @ TUNJUK ARAH?
Pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda (BK(T)/01/TANDA) dalam 2 salinan dan dikemukakan ke Bahagian Keselamatan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula.Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, borang permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama-sama surat kelulusan dari Bahagian Hal-Ehwal Pelajar (HEP) sebagai pengesahan.Borang tersebut boleh didapati dari Kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT KAWALAN KESELAMATAN?
Pemohon perlulah mengemukakan surat rasmi dan dimajukan kepada Pengarah Bahagian Keselamatan. Perlulah dinyatakan tujuan dan keperluan permohonan tersebut dalam kandungan surat. Surat tersebut hendaklah dihantar tiga (3) hari sebelum aktiviti.

KENAPA SAYA DISAMAN?
Anda disaman kerana telah melanggar Akta dan Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Pihak Bahagian Keselamatan berhak menyaman pesalah demi menjalankan tugas dan memastikan keadaan dalam kampus sentiasa dalam keadaan terkawal.

BERAPAKAH KOMPAUN YANG DIKENAKAN BAGI SETIAP SATU KESALAHAN?
RM50 akan dikenakan bagi setiap satu kesalahan.

BOLEKAH SAYA MEMBUAT RAYUAN?
Ya boleh, anda hendaklah mengemukakan surat rayuan dalam tempoh 48 jam atau 2 hari dari tempoh kompaun dikeluarkan. Surat tersebut perlu diserahkan kepada petugas Kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses.

APAKAH KESANNYA JIKA SAYA TIDAK MEMBAYAR SAMAN?
Jika pelajar tidak menjelaskan saman yang telah dikeluarkan, nama mereka akan dimasukkan ke dalam senarai pelajar yang berhutang. Mereka juga akan disekat dari mengambil keputusan peperiksaan dan pendaftaran kursus serta tidak dibenarkan menghadiri konvokesyen sehingga mereka menjelaskan saman tersebut.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LAPORAN KEJADIAN JENAYAH, KECURIAN, KEMALANGAN, DAN SEBAGAINYA?
Pengadu boleh mendapatkan borang tersebut di laman web Bahagian Keselamatan, Pejabat Keselamatan dan Pondok Pintu Utama. Pengadu hendaklah melengkapkan laporan aduan untuk tindakan selanjutnya.

PADA JAM BERAPAKAH PINTU PAGAR AKAN DITUTUP?
ISNIN – AHAD 11.00 MALAM