Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

JASUMA

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

Soalan Lazim Bahagian Perkhidmatan Akademik

SEKSYEN PENGIJAZAHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

 

Akses Sistem Maklumat Pelajar

1. Bagaimana memohon Akses ke SMP ?

Permohonan untuk mendapatkan akses ke SMP boleh dimuat turun dalam menu 'muat turun'.

2. Siapakah kakitangan yang boleh mendapatkan akses ke SMP ?

Dekan, Timbalan Dekan (Akademik), Penyelaras/Ketua Program, Pensyarah, Tutor dan kakitangan pentadbiran yang bertanggungjawab   dalam hal ehwal akademik sekolah / pusat / hal ehwal pelajar (Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar, Penolong Bendahari (Kewangan Pelajar), Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir (P/O), Pembantu Tadbir (Kewangan Pelajar) ).

3. Siapa yang perlu dihubungi untuk permohonan Akses SMP ?

Seksyen Pengurusan Maklumat Dan Pengijazahan ditalian 088-320000 sambungan 691255.

 

Permohonan Data 

1. Bagaimana untuk memohon data ?

Permohonan data perlu dibuat melalui Borang Permohonan Data yang boleh dimuat turn melalui menu 'muat turun'Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya 7 hari waktu bekerja dari tarikh data diperlukan.          

2. Berapa lama tempoh untuk mendapatkan data yang dimohon ?

Permohonan akan diproses dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 3-5 hari waktu berkerja tertakluk kepada kelulusan ketua seksyen dan jenis data yang dipohon.

3. Adakah nombor yang boleh dihubungi sekiranya ada pertanyaan berkenaan dengan  permohonan data?

Nombor yang boleh dihubungi 088-320000 sambungan 692115.

 

Graduan

1. Bagaimana untuk mendapatkan transkrip rasmi universiti?

Transkrip rasmi hanya akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah bergraduat sahaja.

2. Bolehkah seorang graduan mendapatkan transkrip tambahan ?

Graduan boleh membuat permohonan transkrip tambahan mengemukakan permohonan kepada BPA dan membuat bayaran sebanyak RM5.00 (satu set) kepada Jabatan Bendahari, UMS. Sila rujuk panduan lengkap dan menu 'Konvokesyen'.

3. Bagaimana untuk mendapatkan semula skrol tambahan yang telah hilang / musnah ?

Skrol yang hilang / musnah tidak akan dicetak semula namun BPA akan mengeluarkan surat pengesahan kehilangan skrol.

4. Siapakah yang boleh membuat pengesahan kelas pertama bagi tujuan pelepasan pembayaran balik PTPTN?

Pegawai Bahagian Perkhidmatan Akademik sahaja.

5. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan skrol dan transkrip jika saya tidak menghadiri Majlis     Konvokesyen?

Graduan perlu memohon secara rasmi (bertulis) kepada Seksyen Pengurusan Maklumat dan   Pengijazahan dengan menyertakan cetakan slip pengesahan Kajian Pengesanan Graduan IPTA dan   salinan slip/resit sebagai bukti yuran konvokesyen dan hutang tertunggak (sekiranya ada) telah   dijelaskan sepenuhnya. Sila pastikan maklumat seperti Nama Penuh, No.Matrik, Program, Fakulti,   No.telefon dan alamat surat menyurat dinyatakan dengan lengkap bagi memastikan proses serahan  Skrol / Transkrip berjalan lancar. Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan selepas tarikh Majlis Konvokesyen. Sila rujuk panduan lengkap dalam menu 'Konvokesyen'.

6. Bolehkah saya menghantar wakil untuk menuntut skrol dan transkrip?

Ya. Graduan boleh menghantar wakil untuk menuntut skrol/transkrip dengan syarat wakil telah     membawa bersama Surat kuasa / wakil yang ditandatangani oleh graduan tersebut beserta cetakan    slip pengesahan Kajian Pengesanan Graduat IPTA dan salinan slip/resit pembayaran yuran konvokesyen dan hutang tertunggak, kad pelajar asal, salinan kad pengenalan graduan dan salinan kad pengenalan wakil. Walau bagaimanapun seorang wakil tidak dibenarkan mewakili lebih daripada 2 orang graduan.

 

 

Unit Peperiksaan dan Penilaian

S: Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa membawa kad pelajar sebelum saya memasuki Dewan Peperiksaan?

J:Pelajar wajib membawa kad pelajar UMS semasa menduduki peperiksaan. Kad tersebut hendaklah diletakkan di atas meja dan akan diperiksa oleh Pengawas Peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Pelajar yang tidak membawa kad pelajar akan dihalang daripada memasuki Dewan Peperiksaan.

 

S:Adakah saya dibenarkan menduduki peperiksaan di Dewan Peperiksaan yang salah?

J: TIDAK. Semua dewan peperiksaan telah diperuntukkan nombor tempat duduk mengikut kapasiti dewan peperiksaan. Jika anda menghadiri peperiksaan di dewan yang salah, anda akan mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan kepada seseorang. Perkara sebegini akan mendatangkan masalah di dalam dewan peperiksaan. Oleh itu kami mengingatkan kepada semua pelajar agar berhati-hati dan memastikan tempat peperiksaan yang sebenar sebelum sesi peperiksaan bermula. Anda akan diminta untuk meninggalkan dewan peperiksaan dan pergi ke dewan peperiksaan yang betul.

 

S: Mengapa saya tidak dibenarkan menghadiri dewan peperiksaan lain walaupun ia adalah kursus yang sama?

J: Kehadiran di tempat yang betul adalah penting kerana beberapa sebab. Kehadiran di tempat yang tidak betul boleh menyebabkan tempat duduk yang tersedia untuk pelajar-pelajar yang sepatutnya berada di tempat itu tidak mencukupi. Ia juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa pelajar sengaja menghadiri tempat yang salah untuk bersama dengan kawan-kawan.

 

Seksyen Promosi, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar

 

1. Bolehkah saya mendaftar tanpa membayar yuran?

Tidak.

 

2. Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran Universiti?

Pihak Universiti menyediakan 2 pilihan bagi tujuan pembayaran semasa Pendaftaran Universiti iaitu melalui mana-mana cawangan CIMB Bank Bhd di tempat masing-masing dengan menggunakan Slip pembayaran Yuran Pengajian yang disertakan bersama surat tawaran atau melalui online menggunakan alamat www.cimbclicks.com.my.

 

3. Bagaimana mendapatkan pinjaman PTPTN ?

Pihak PTPTN akan berada di UMS pada hari pendaftaran Universiti.Maklumat lanjut sila rujuk kepada Maklumat Umum dalam buku Panduan Kemasukan Pelajar.

 

4. Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?

Tidak boleh.

 

5. Apakah kesannya jika saya tidak datang mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan?

Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Seksyen Pengambilan,Promosi & Kemasukan Pelajar.

 

6. Adakah penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Universiti dibenarkan?

Penangguhan pendaftaran universiti untuk 1 semester tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan luput / terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh rasmi Pendaftaran Universiti.

 

7. Adakah permohonan pertukaran sekolah / program dibenarkan ?

Tawaran program pengajian adalah MUKTAMAD dan sebarang pertukaran Program / sekolah adalah tidak dibenarakan.

 

8. Bagaimana cara membuat permohonan Perpindahan atau Pengecualian Jam Kredit?

Boleh memohon selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah dan garis panduan boleh dirujuk dalam buku prospektus yang akan diberikan oleh Pihak Universiti semasa pendaftaran.

 

9. Anak saya menghidap penyakit asma,adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus?

Ada,di setiap kampus mempunyai panel klinik kesihatan dengan diketuai oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

 

10. Siapa yang perlu saya hubungi semasa kecemasan di luar waktu pejabat?

Anda boleh berhubung terus dengan Pengetua Kolej Kediaman atau Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej atau Bahagian Keselamatan di setiap Kolej Kediaman.

 

11. Siapa yang layak mendapat kemudahan Kolej Kediaman?

Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

 

12. Apa yang perlu saya bawa semasa pendaftaran ?

Anda perlu membawa duit saku yang berpatutan untuk membeli keperluan harian,peralatan kuliah dan buku.Selain itu,bantal dan sarung bantal,cadar,kasut dan pakaian sukan,kasut dan pakaian formal,kelengkapan solat,baldi,sabun dan sebagainya.

 

13. Jika saya lewat sampai semasa hari pendaftaran ke mana sayaharus tuju ?

Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan Pegawai di Kolej Kediaman atau Bahagian Keselamatan.

 

14. Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan,bolehkah saya datang untuk mendaftar?

Boleh.Anda akan diberi tempoh selama 3 minggu dari tarikh pendaftaran.

 

15. Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran.Di manakah penginapan yang terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap?

Banyak penginapan terdekat dengan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu.Sila rujuk laman web  

 

16. Sebagai pelajar baru,bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri?

Tidak boleh.

 

17. Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?

Pakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar.

 

18. Saya mempunyai masalah kewangan,adakah bantuan disediakan?

Ada,seperti bantuan yang dikelolakan oleh Pihak HEP.

 

19. Saya mewakili negara dalam bidang olahraga,adakah disediakan kemudahan untuk saya menjalani latihan?

Ada,disamping itu terdapat juga gelanggang-gelanggang yang lain di UMS.

 

20. Ibu/bapa saya tidak mempunyai borang J,bagaimana saya hendak mengesahkan pendapatan ibu/bapa saya?

Anda boleh mendapatkan pengesahan pendapatan ibu/bapa anda daripada Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung.

 

21. Apakah yang dimaksudkan dengan MSM?

Msm ialah Minggu Suai Mesra yang akan diadakan untuk mengeratkan siratulrahim dan juga untuk mengenali UMS.