Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

JASUMA

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

Soalan Lazim Bahagian Pentadbiran dan Governan

1.  Apakah asas-asas pencalonan dan pemilihan pengurniaan darjah kebesaran?

Setiap pencalonan hendaklah dibuat berdasarkan dan mengambil kira kedudukan (termasuk jawatan), umur, jasa, khidmat masyarakat dan sumbangan kepada negeri dan negara. Seseorang calon yang dicadangkan untuk sesuatu Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dan tiada kes tatatertib. Namun begitu, setiap asas-asas pencalonan adalah bergantung kepada negeri masing-masing.

2.  Berapa lamakah tempoh untuk mengemukakan cadangan pelantikan ahli LPU ke Kementerian Pengajian Tinggi?

6 bulan sebelum tamatnya kontrak pelantikan.

3.  Adakah mata CPD diberikan di setiap Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar yang diadakan setiap bulan?

Ya, 1 mata CPD akan diberikan kepada kakitangan yang mendaftar sahaja semasa majlis tersebut diadakan.

4.  Berapa lama tempoh suatu aduan dapat diselesaikan?

3 - 7 hari masa bekerja. Walau bagaimanapun, ianya adalah  tertakluk kepada jenis aduan yang memerlukan penelitian penuh.

5.  Apakah fungsi Seksyen Pengurusan Strategik?

Seksyen Pengurusan Strategik berfungsi untuk merancang, melaksana, menganalisa dan menilai pengurusan :-

a) Pelan Strategik Jabatan Pendaftar
b) Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan Pendaftar
c) Program-program pengukuhan dan pemantauan prestasi Jabatan Pendaftar (Reatreat, dsb)

6. Apakah fungsi Seksyen Pengurusan Kualiti?

Seksyen Pengurusan Kualiti berfungsi untuk merancang, melaksana, menganalisa dan menilai pengurusan:-

a) Anugerah Inovasi, KIK, MPK dan FM serta Amalan 5S diperingkat Jabatan/Universiti/IPTA/Kebangsaan; dan
b) MS ISO 9001 :2008 diperingkat Jabatan Pendaftar

7.  Berapakah Unit yang terdapat dalam Seksyen Pentadbiran dan  Sekretariat?

Ada dua Unit iaitu Unit Pentadbiran dan Unit Pengurusan Mesyuarat

8.  Melalui Unit Pengurusan  Mesyuarat Seksyen Pentadbiran dan Sekretariat ia sebagai Urus Setia Mesyuarat yang merangkum?

a) Mesyuarat Eksekutif Pentadbiran   - MEP (Bulan Pendaftar Bersama JSPIU)
b) Mesyuarat Eksekutif Jabatan - MEJ (Penyelarasan Kerja Jabatan Pendaftar)
c) Mesyuarat bulanan BPG

9.  Senaraikan satu fungsi Unit Pengurusan Fail Terperingkat melalui Seksyen Pengurusan Fail dan Rekod?

Mengurus, menyelenggara dan  memantau:

a) Rekod pelantikan pegawai  
b) Pengelasan fail terperingkat.

10. Seksyen manakah yang bertanggungjawab menguruskan wang panjar Jabatan?

Sekyen Kewangan melalui Unit Belanjawan dan Perolehan