Bahasa MelayuEnglish (UK)

Corporate Video

Facebook

JASUMA

buletin

Facebook

Buku Peraturan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (1994 - 2016)

Direktori

Soalan Lazim Bahagian Sumber Manusia

1)    Seksyen Perancangan Sumber Manusia

1.  Bilakah perpindahan kakitangan dibuat?
    Biasanya 1 atau 2 kali setahun bergantung kepada keperluan.

2.  Bolehkah sesuatu perpindahan itu batalkan?
    Tidak Boleh. Kakitangan yang diarahkan berpindah mestilah mengikut arahan Perpindahan tersebut.

3.  Bagaimanakah prosedur sesuatu perpindahan di buat oleh kakitangan?
    Kakitangan haruslah ,membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia, dengan cara menulis surat permohonan berserta alasan perpindahan dibuat dan mesti melalui Ketua Jabatan

2)Seksyen Perkhidmatan
a) Unit Perhubungan Pekerja;

1. Apakah fungsi unit dari segi kemudahan staf ?

i)Urusan Mesyaurat Majlis Bersma Jabatan (MBJ) menjalankan fungsi sebagai Setiausaha Bersama MBJ dan mengendalikan perbincangan bersama
Persatuan/Kesatuan bagi urusan-urusan yang berkaitan.

ii)Urusan Mesyuarat Pemantauan Majlis Bersama Jabatan (MBJ)Bersama Kementerian Pengajian Tinggi

iii)    Urusan Rawatan Perubahan Staf dan Pesara
•    Di Hospital/ Klinik Kerajaan
•    Di Luar Negara
•    Kecemasan di Klinik Swasta yang berhampiran (atas rujukan hospital kerajaan/ klinik kesihatan kerajaan)
•    Rawatan Pergigian
•    Rawatan Bukan Klinik Panel
•    Mengurus Surat Jaminan Hospital
•    Pemeriksaan Kesihatan 40 tahun ke atas

iv)       Mengurus Kemudahan Pengangkutan/ Tuntutan  Perpindahan/ Diarah Berpindah/ Tempahan Hotel dan Tiket Penerbangan kakitangan yang Tamat Kontrak/ Bersara Wajib dan Pilihan

v)     Mengendalikan temuduga/ exit interview dengan pekerja yang menamatkan perkhidmatan

vi)    Menyaran dan mengurus perkhidmatan rundingan dan kakitangan

2.    Apakah fungsi unit dari segi kebajikan staf ?

i)   Urusan Pinjaman Perumahan
ii)   Urusan Pembiayaan Peribadi
iii)  Urusan Kemudahan Insuran (Perkeso/Takaful/ Etiqa/ Ceupacs)
iv)  Urusan Pengurusan Jenazah
v)   Urusan mendapatkan Ex-Gratia bagi staf
vi)  Urusan permohonan tambang Belas Ehsan
vii) Urusan Pusat Perkembangan Kanak-kanak

b) Unit Pengurusan Prestasi;

1. Apakah Syarat Anjakan Gaji ?

i)     Disahkan dalam perkhidmatan
ii)     Lulus PTK yang ditentukan
iii)    Mencapai tahap prestasi baik
iv)    Berkhidmat tidak kurang 3 tahun
v)    Diperakukan oleh Ketua Jabatan

2. Siapakah yang terlibat dalam penilaian prestasi?

i)     Pegawai Yang Dinilai (PYD) – kakitangan universiti
ii)    Pegawai Penilai Pertama (PPP) – pegawai atasan atau penyelia yang  terdekat kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya.
iii)    Pegawai Penilai Kedua (PPK) – Pegawai atasan yang terdekat kepada Pegawai PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD
iv)    Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) – Terdiri dari Pengerusi (Naib Canselor) dan Ahli-ahli (tiga(3) Timbalan Naib Canselor,    Pendaftar,Bendahari danPustakawan) yang berfungsi memuktamadkan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) Pegawai.

c) Unit Elaun Dan Kemudahan

1. Apakah fungsi bagi unit ini ?

i)     Menguruskan Gaji, Upah Dan Saraan (Laporan Perubahan Gaji)
ii)    Menguruskan Elaun
•    Imbuhan Tetap
•    Bayaran Insentif
•    Elaun/ Bayaran Lain
iii)     Menguruskan Kemudahan
•    Cuti Atas Sebab Perkhidmatan
•    Cuti Sebab Perubatan
•    Cuti Tidak Berekod
•    Cuti-cuti lain
•    Kemudahan Lain
•    Pakaian

d) Unit Perkhidmatan Am, Unit Pengesahan Jawatan & Kenaikan  Pangkat

1. Apakah fungsi Perkhidmatan Am?

i)     Menguruskan dan mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan dan Fail Perkhidmatan  Pekerja Universiti
ii)      Mengurus upah dan saran (LPG)
iii)      Mengurus rekod tatatertib
iv)      Mengurus peminjaman, pertukaran pelantikan dan pertukaran tetap pekerja Universiti
v)      Pengurus persaraan dan penamatan pekerja university
vi)      Mengurus dan menyelaras pemberian taraf berpencen pekerja Universiti
vii)     Percantuman perkhidmatan lepas
viii)      Pengurus pemberian ganjaran (gratuity) kakitangan kontrak Universiti

2. Apakah fungsi Unit Pengesahan Jawatan dan Kenaikan Pangkat?

i)    Mengurus Pengesahan Jawatan dan Kenaikan Pangkat Pekerja Universiti (Akademik Dan Bukan Akademik)
ii)   Sekretariat Mesyuarat Pengesahan Jawatan
iii)  Sekretariat Mesyuarat Kenaikan Pangkat
iv)  Menguruskan temuduga pelantikan Jawatan Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti

3) Seksyen Perjawatan

1. Apakah Fungsi Unit Pengambilan Akademik dan Unit Pengambilan Bukan Akademik?

i)    Merancang dan menyelaras jadual pengisian jawatan akademik
ii)   Menyediakan dan mengemaskini keperluan jawatan dan kepakaran yang diperlukan
iii)   Mengeluarkan iklan
iv)   Mengendalikan penerimaan, perekodan, dan penyisihan borang permohonan jawatan
v)   Mengendalikan urusan temuduga
vi)   Menyediakan laporan temuduga
vii)  Mengendalikan urusan pelantikan tetap/ kontrak/ sementara/ jawatan khas
viii)  Menguruskan Pelarasan gaji permulaan
ix)   Menguruskan pas pekerjaan
x)   Menguruskan lapor diri dan saran pertama
xi)  Sebagai Sekretariat

4) Unit Peperiksaan dan Kompetensi

1. Apakah Syarat wajib untuk kakitangan UMS untuk mengikuti Kursus – kursus dalam Perkhidmatan anjuran Unit  Peperiksaan dan Kompetensi?
- Syarat wajib bagi kakitangan UMS adalah berjawatan TETAP dalam Perkhidmatan.

2. Di manakah soalan - soalan peperiksaan bagi kursus Unit Peperiksaan dan Kompetensi diperoleh?
- Kebanyakan soalan - soalan Peperiksaan diperoleh daripada Jabatan Perkhidmatan  Awam Malaysia.

3. Bagaimana proses bagi seseorang kakitangan UMS untuk memohon bagi  mengikuti Kursus dalam Unit Peperiksaan dan Kompetensi?
- Ada beberapa proses bagi mengikuti kursus dalam Unit ini iaitu dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi melalui:

1. Muat turun borang di dalam sesawang Jabatan Pendaftar UMS

2. Mendapatkan borang di

Unit Peperiksaan dan Kompetensi,
Sektor Pembangunan Sumber Manusia,
Jabatan pendaftar,
Aras 4, Blok Selatan,
Bangunan Canselori.

*Perhatian : Permohonan hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.