Bahasa MelayuEnglish (UK)

Pengenalan

PENDAHULUAN
Penerbit UMS merupakan induknya Universiti Malaysia Sabah, ditubuhkan pada 1 Mac 2001. Pentadbiran ini diletakkan di bawah Pejabat Canselori.Pengarah Penerbit UMS melaporkan aktiviti pengurusannya kepada Naib Canselor.
Perolehan dan pemilihan manuskrip untuk diterbitkan dan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Naib Canselor sendiri dengan dianggotai oleh semua dekan, pengarah dan ketua unit. Di samping itu, setiap sekolah, institut, pusat, dan unit mempunyai seorang wakil tetap dalam jawatankuasa tersebut.
Pada masa ini, di samping menjalankan aktiviti penerbitan sendiri, Penerbit UMS diberikan tanggungjawab mengawal mutu penerbitan semua manuskrip yang diluluskan untuk terbitan oleh pihak Jawatankuasa Penerbitan UMS.
MISI
Pembina dan Pengembang Ilmu Ke Arah Keterampilan dan Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah pada peringkat global.
OBJEKTIF
  • Menjadi pusat imprin UMS yang menjamin kualiti terbitannya.
  • Membangun dan mengembangkan penerbitan ilmiah warga akademia UMS, Sabah, Malaysia dan di peringkat global.
  • Melaksanakan program penerbitan ilmiah (bercetak dan elektronik) dalam bentuk monograf, buku, jurnal yang bersesuaian dengan bidang ilmu yang dikembangkan oleh UMS.
  • melaksanakan program pemasaran dan promosi penerbitan UMS melalui saluran konvensional dan elektronik.
  • Membina rangkaian maklumat untuk menyelaras dan memantau kegiatan IPTA bagi mengelak pertindihan judul serta pembaziran tenaga pakar, masa dan dana penerbitan yang terhad.
  • Menjalin kerjasama dan penyelarasan penerbitan ilmiah di kalangan penerbit IPTA, pusat penyelidikan, MAPIM, MKBK,MABOPA,MBSA,MBIA (Booktrade Malaysia), AAUP, dan sebagainya.
  • Menjalin kerjasama dan hubungan profesional dengan organisasi penerbitan ilmiah sejagat seperti AAUP, UNESCO, Library of Congress dan sebagainya.
DASAR PEROLEHAN MANUSKRIP
Penerbit UMS mengutamakan bahan karya asli dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Di samping itu, manuskrip dalam bahasa-bahasa lain yang mencakupi bidang pengajian yang ditawarkan di UMS juga diberi pertimbangan.
Pada masa kini, pemilihan manuskrip untuk diterbitkan dipilih oleh Sekolah/Pusat/Institut masing-masing dan kemudiannya mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Penerbitan UMS.
PENGEDARAN BUKU
Seperti penerbit buku yang lain, Unit Penerbitan menjalankan aktiviti jualan dan pengedaran terbitannya. Sebarang pertanyaan daripada syarikat pengedaran yang berminat mempromosikan dan menjual terbitan UMS dialu-alukan.