Bahasa MelayuEnglish (UK)

Pengenalan

PENDAHULUAN
Penerbit UMS merupakan induknya Universiti Malaysia Sabah, ditubuhkan pada 1 Mac 2001. Pentadbiran ini diletakkan di bawah Pejabat Canselori.Pengarah Penerbit UMS melaporkan aktiviti pengurusannya kepada Naib Canselor.
Perolehan dan pemilihan manuskrip untuk diterbitkan dan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Naib Canselor sendiri dengan dianggotai oleh semua dekan, pengarah dan ketua unit. Di samping itu, setiap sekolah, institut, pusat, dan unit mempunyai seorang wakil tetap dalam jawatankuasa tersebut.
Pada masa ini, di samping menjalankan aktiviti penerbitan sendiri, Penerbit UMS diberikan tanggungjawab mengawal mutu penerbitan semua manuskrip yang diluluskan untuk terbitan oleh pihak Jawatankuasa Penerbitan UMS.
 
 
VISI
 

Menjadi peneraju penerbitan ilmiah cemerlang dan berinovatif yang bertaraf antarabangsa.

 
MISI

Sebagai saluran utama warga universiti menerbitkan karya ilmiah yang berkualiti dalam menyebarluaskan ilmu dan hasil penyelidikan UMS.

OBJEKTIF

Menjadi pusat imprin UMS yang menjamin kualiti terbitannya;

 

Membangun dan mengembangkan penerbitan ilmiah warga akademia UMS di peringkat Sabah, Malaysia dan global;

 

Melaksanakan program penerbitan ilmiah (bercetak dan elektronik) dalam bentuk monograf, buku, dan jurnal yang bersesuaian dengan bidang ilmu yang dikembangkan oleh UMS;

 

Melaksanakan program pemasaran dan promosi penerbitan UMS melalui saluran konvensional dan elektronik;

 

Membina rangkaian maklumat untuk menyelaras dan memantau kegiatan penerbitan IPTA bagi mengelakkan pertindihan judul serta pembaziran tenaga pakar, masa dan dana penerbitan yang terhad;

 

Menjalin kerjasama dan penyelarasan penerbitan ilmiah di kalangan penerbit IPTA, pusat penyelidikan, MAPIM, MKBKM, MABOPA, MBSA, MBIA (Booktrade Malaysia), AAUP dan sebagainya;

 

Menjalin kerjasama dan hubungan profesional dengan organisasi penerbitan ilmiah sejagat seperti UNESCO, Library of Congress dan sebagainya.     

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berikrar untuk merealisasikan visi dan misi serta amalan terbaik berlandaskan piagam pelanggan berikut:

 

  1. Memberi perkhidmatan efisien dan berkualiti dalam aspek penerbitan kepada mahasiswa, pensyarah dan masyarakat amnya.
  2. Menerbitkan buku ilmiah bermutu yang memenuhi pengajaran dan pembelajaran mengikut tempoh satu (1) tahun hingga satu (1) tahun enam (6) bulan.
  3. Menerbitkan artikel jurnal berimpak tinggi mengikut keperluan penerbitan ilmiah semasa.
  4. Memasarkan produk terbitan UMS seluas mungkin menggunakan platform teknologi mutakhir.
  5. Menyediakan kursus, bengkel, latihan dan aktiviti seumpamanya berkaitan penerbitan bagi tujuan pendedahan kepada pensyarah khasnya.
DASAR PEROLEHAN MANUSKRIP
Penerbit UMS mengutamakan bahan karya asli dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Di samping itu, manuskrip dalam bahasa-bahasa lain yang mencakupi bidang pengajian yang ditawarkan di UMS juga diberi pertimbangan.
Pada masa kini, pemilihan manuskrip untuk diterbitkan dipilih oleh Sekolah/Pusat/Institut masing-masing dan kemudiannya mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Penerbitan UMS.
PENGEDARAN BUKU
Seperti penerbit buku yang lain, Unit Penerbitan menjalankan aktiviti jualan dan pengedaran terbitannya. Sebarang pertanyaan daripada syarikat pengedaran yang berminat mempromosikan dan menjual terbitan UMS dialu-alukan.