Presiden PERISAI

Prof. Madya Dr. Piakong Mohd Tuah

 

Selamat Datang Warga Baharu UMS.

 

Universiti yang kita cintai ini kembali meriah dan ceria dengan kehadiran warga dan anak watan yang bakal mencorak dan mengemudi negara di masa depan. Di tambah lagi dengan perlantikan barisan pimpinan utama universiti yang serba baharu bermula dengan perlantikan Naib Canselor dan timbalan-timbalan Naib Canselor yang pastinya akan memberi nafas kesegaran kepada kemudi Universiti. Bagi pihak PERISAI seluruhnya, kami mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang ke bumi Sabah, negeri di bawah bayu. Tahniah juga kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. To our international students, we would like to extend our warmest welcome who leave their home to study here at Universiti Malaysia Sabah. Enjoy your staying here and we will make sure your transition to our campus becomes one of the great experiances in your life.

 

Kepada warga baru UMS, sesungguhnya menuntut ilmu ini merupakan suatu mujahadah yang besar. Justeru, kejayaan tidak akan datang bergolek. Harapan ibu bapa, keluarga dan negara amnya menuntut warga untuk mempertingkat usaha semaksimanya. Yakinlah, dengan cara pembelajaran yang betul, usaha yang terbaik dan doa yang tidak kunjung putus, warga baru UMS khususnya berkeupayaan mencipta suatu kejayaan yang manis di puncak menara gading ini.

 

Kepada pimpinan utama Universiti, kami warga pendidik UMS dan PERISAI umumnya, insyaAllah berazam untuk tidak jenuh dan letih mendidik dan menyalakan obor ilmu untuk dipateri di dada mahasiswa dan mahasiswi UMS. Dengan sedikit kelebihan ilmu yang kami miliki, kami mendoakan agar mahasiswa dan mahasiswi UMS terus maju ke hadapan dengan cemerlang. Cemerlang dari aspek akademik juga cemerlang dari sudut sahsiah dan rohani.

 

Selain itu, harapan besar kami juga kepada peneraju utama Universiti agar turut menyirami kami warga pendidik suatu kesegaran baharu. Suatu kesegaran yang menjamin credential keilmuan kita selama ini terpelihara dan terangkat daripada selaput kelesuan kesan daripada kehambaran perjalanan sebelum ini. Selamat maju jaya..

 

PERISAI dan UMS

Disebalik Nama dan Logo

Perkataan Perisai adalah singkatan nama kepada Persatuan Staf Akademik dan Iktisas, Universiti Malaysia Sabah. Perisai melambangkan iktizam dan komitmen ahli-ahli akademik mempertahankan imej dan maruah UMS, keteguhan dan tidak mudah dirempuh, pemuafakatan semua ahli persatuan, dan berupaya mempertingkatkan tahap profesionalisme ahli.Persatuan Staff Akademik dan Ikhtisas atau ringkasnya PERISAI yang ditubuhkan pada Mac 2007 merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan di bawah Registar of Soceity (ROS) dengan tujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisma dan kemajuan kerjaya ahli-ahli akademik, meningkatkan budaya akademik dan keintelektualan ahli-ahli akademik, memastikan kod etika sebagai seorang ahli akademik dipatuhi dari masa ke semasa, berkerjasama dengan semua pihak dari pelbagai lapisan perkhidmatan di UMS dan luar untuk merealisasikan misi dan visi UMS dan; menjaga hal-hal kebajikan ahlinya. Sehingga 2009, PERISAI telah mempunyai seramai 345 ahli dan telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk kecemerlangan UMS