Dari Meja Setiausaha Agung

 

 

Assalamualaikum Wrh. Wbt dan Salam Sejahtera.

 

Setinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi kesempatan untuk turut sama berganding bahu bersama rakan-rakan menyumbang dan memperkasa persatuan yang kita cintai ini.

 

Di kesempatan ini, saya menyeru kepada rakan-rakan pensyarah yang masih belum menjadi ahli agar dapat berbuat demikian demi memperteguh dan mendokong PERISAI sebagai wadah untuk para ilmuan tersohor UMS mendepani zaman dan cabaran sebagai seorang ahli akademik. Tiada yang lebih bermakna jika kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah mengangkat martabat kita sebagai ilmuan yang bakal mencorakkan anak watan kita. Inilah medium terbaik untuk kita mencari formula jitu dan merumuskan langkah yang tuntas bagi mencapai visi dan misi universiti.

 

Salam lebaran dan salam kemerdekaan. Moga sambutan dua bulan perayaan ini membawa sesuatu yang lebih bermakna kepada kita warga pensyarah, PERISAI dan universiti umumnya.

 

Prof. Madya Dr. Hamzah Md. Omar

Setiausah Agung PERISAI

Sesi 2010/2012