KELAB SELAMAN SKUBA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

 

NAMA KELAB


Kelab ini dikenali sebagai Kelab Selam Skuba Universiti Malaysia Sabah di bawah PERISAI. Kelab ini telah dilancarkan pada 25 November 2009 di Pulau Sipadan, Semporna.


TUJUAN PENUBUHAN


Sukan laut yang berteraskan selam skuba semakin diminati pada masa kini. Kajian di UK dan USA menunjukkan bahawa aktiviti selaman skuba berkesan untuk menangani masalah stress dan menyihatkan tubuh badan sekiranya mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh PADI.Dalam konteks UMS pula, kelab ini ditubuhkan dengan pelbagai tujuan seperti berikut:
  • Sebagai sebahagian daripada aktiviti sukan dan riadah warga akademik UMS.
  • Mengenali dengan lebih mendalam dunia di dasar laut yang kaya dengan pelbagai biodiversiti marinnya.
  • Mempelajari teknik-teknik selaman skuba dan rescue jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak dijangkakan.
  • Lain-lain.

 

PERANCANGAN AKTIVITI


  • Menganjurkan kursus selaman skuba peringkat asas (open water) dan peringkat lebih tinggi lagi (advanced, rescue, medic, dive master, instructor etc.) kepada yang berminat.
  • Aktiviti pembersihan pantai dan laut melalui Program UMS "Sayangilah Laut Kita"
  • Lawatan dan menyelam ke pulau-pulau peranginan di Sabah seperti Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Taman Tunku Abdul Rahman dan lain-lain.
  • Lain-lain.

 

SYARAT KEAHLIAN


Keahlian terbuka kepada semua ahli PERISAI. Bagi ahli PERISAI yang berminat tetapi belum lagi memiliki lesen diwajibkan mengikuti kursus open water selama tiga hari yang akan diuruskan oleh PERISAI.

 

KAD KEAHLIAN


Mana-mana peserta yang berjaya melepasi kursus akan diberikan kad keahlian yang diiktiraf di seluruh dunia dan diterima sebagai ahli Kelab Selaman Skuba UMS.

 

JURULATIH


Kursus ini akan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari Borneo Divers dan O2 Diver.

 

PENAUNG & PENASIHAT


Penaung kelab ini ialah Y.Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Penasihat kelab ialah Prof. Dr. Ridzuan Abdul Rahman (SPL) dan Prof. Dr. Saleem Mustafa (IPMB).

 

PENUTUP


Semua ahli PERISAI dipelawa untuk memohon Kelab Selam Skuba UMS ini menggunakan borang yang akan disedaiakan dalam tempoh yang terdekat ini.

Sekian dan terima kasih.