SEKOLAH PERUBATAN UMS
 
 Laman UtamaKakitangan | LatarbelakangBirokrasi | Program pengajian  | Galeri perubatan | Kerjasama&Usahasama | Prasarana |



 
INSFRASTRUKTUR
 

 

 Laman Utama
 Latarbelakang
 Birokrasi 
 Kakitangan
 Program pengajian
 Galeri perubatan
 Kerjasama&Usahasama
 Prasarana
 


PRASARANA PEMBELAJARAN

   

Pihak Universiti juga menyediakan prasarana pembelajaran yang terkini untuk kemudahan para pelajar.Dua buah bilik Tutorial yang boleh memuatkan 40 orang pelajar setiap bilik di bangunan SST akan dijadikan bilik kuliah yang dilengkapi dengan kemudahan LCD dan dalam rangka menyediakan system  videoconference yang membolehkan pembelajaran secara 'conferencing' diadakan.Manakala dua bua bilik akan diubahsuai kepada 4 buah bilik perbincangan pelajar dan akan dilengkapi meja bulat,kerusi dan komputer serta loker pelajar. Di samping itu,sekolah telah menyediakan sebuah bilik komputer yang dilengkapi dengan 40 buah komputer dengan kemudahan internet.Sekolah  telah menggalakkan setiap pelajar mempunyai laptop sendiri dan telah mendapat kerjasama daripada pengurusan universiti memberi pinjaman kepada pelajar untuk tujuan membeli laptop masing-masing-masing.Dengan kemudahan ini pelajar boleh melayari internet mendapat maklumat yang terkini dalam bidang perubatan.

Pihak universiti memperuntukan sebanyak 2.5 milion bagi pengubahsuaian beberapa blok  di Sekolah Sains Dan Teknologi termasuk makmal bagi memenuhi keperluan sekolah.Makmal-makmal tersebut telah diubahsuai mengikut justifikasi terkini bagi mengendalikan program perubatan.Di antara makmal yang disediakan adalah seperti berikut:

i. Makmal Edward Jenner

ii. Makmal Leewenhock

iii. Makmal Penyelidikan Ungku Omar

iv. Pusat Sumber Ibn Sina

v. Makmal Kemahiran klinikal Ibn Razi

vi.Makmal Diseksi William Harvey

vii.Makmal Komputer

Tiap-tiap makmal berkenaan boleh menampung seramai 40 orang pelajar dan dilengkapi dengan kemudahan CCTV dan sistem internet(wireless) bagi memastikan keberkesanan pembelajaran.

 
   

>>>>

 

 
         
copyright Sahri.com, all rights