Sekolah ini bermula dengan 32 orang
pelajar semester 1 sesi 2003/2004 dengan sejumlah 8 kakitangan
akademik dengan 4 orang Profesor, 2 orang Profesor Madya dan 2 orang
Pensyarah.Sekolah juga mendapat khidmat pensyarah UMS yang sedia ada
seperti daripada Sekolah Sains Sains dan Teknologi,sekolah Sains
Sosial,sekolah Psikologi dan kerja Sosial dan Sekolah Sains
Makanan dan Pemakanan.Selain daripada itu, khidmat pakar daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia contohnya daripada Hospital Queen
Elizabeth serta lain-lain agensi yang berkaitan juga digunakan dalam
menyampaikan kuliah kepada pelajar. Sebahagian daripada pakar-pakar
dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah menunjukn minat untuk
terlibat dalam pendidikan klinikal di HQE sebagai pensyarah kehormat.
Sekolah pada masa ini dalam rangka
mengambil kakitangan dalam bidang berikut;Fisilogi perubatan,imunologi
perubatan,atologi perubatan,,mikrobiologi perubatan,radiologi
perubatan,psikiatri,Perubatan dalaman,Perubatan keluarga dan patologi
kimia.