|
Universiti Malaysia sabah
telah diluluskan oleh kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat
KM.S(PT)73312/JLD.8/(4) bertarikh 5 April 2002 untuk
memulakanpengajianperubatan mulai sesi 2003/2004.Sebelum ini pada
tahun1997,pihak Universiti telah menyediakan kajian kemungkinan
mengenai cadangan keperluan penubuhan sekolah perubatan di UMS melalui
kerjsama dengan Prof.Dr.Richard Godfrey dari Universiti of
Southampton.
Berdasarkan
kepada kertas yang dikemukan tersebut,pihak universiti telah
mengemukkan kertas cadangan kepada kementerian Pendidikan Malaysia dan
kelulusan telah dikemukan kepada pihjak UMS melalui surat yang
dinyatakan di atas.
Universiti
Malaysia Sabah telah melantik Dekan perintisnya Prof Dr Osman
Ali yang telah menerajui sekolah sejak Mei 2003.Beliau dengan sokongan
padu pihak Pengurusan Universiti dan kakitangan sekolah telahberjaya
memastikan sekolah ini mampu memulakan sesi pengajaran dengan menerima
32 pelajar tahun pertama pada Jun 2003.
FALSAFAH PENDIDIKAN PERUBATAN UNIVERSITI
MALAYSIA SABAH
Universiti Malaysia Sabah ditubuh dengan tekad untuk mencapai
kecermerlangan dalam semua bidang ilmu sehingga mencapai pengiktirafan
diperingkat dunia.Bidang perubatan,suatu bidang ilmu yang mulia sangat
memerlukan pengiktirafan bukan sahaja dari kalangan pengamal-pengamal
perubatan tetapi dari masyarakat setempat dan masyarakat
antarabangsa.Untuk mencapai taraf dunia maka pengamal perubatan
perlu dilatih dngan pengetahuan dan teknologi terkini dalam bidang ini.
Memandangkan cepatnya perubahan dalam bidang perubatan dan
pendidikan perubatan maka pelajar yang dilatih untuk menjadi
pengamal baru perlu mempunyai pendekatan yang baru dan sesuai dengan
zamannya.
Universiti Malaysia Sabah bernasib baik
kerana ianya dibina disebuah negeri yang mempunyai kekayaan bukan saja
dari segi hasil buminya tetapi juga bahan pendidikan untuk pendidikan
perubatan. Negeri Sabah juga mempunyai kepelbagaian etnik dengan aras
sosioekonomi yang berbeza-beza,kepelbagaian mukabumi dan biodiversiti
yang luas dengan corak penyakit tropika yang berlainan dan sumber
terapeutik yang banyak, kerrentanan pada penularan penyakit
diperingkat antarabangsa dan kepesatan pembangunan serantau. Dengan
ciri-ciri ini pastinya UMS mampu meneroka dan menerajui pelbagai
bidang perubatan berlandaskan elemen sosial setempat. Sumber ini akan
digunakan semaksima yang mugkin untuk pendidikan pelajar diperingkat
prasiswazah dan siswazah dan pengembangan ilmu melalui penyeledikan
asas dan klinikal. Kedudukan Sekolah Perubatan di dalam kampus
UMS akan memudahkan interaksi pelbagai bidang ilmu dengan mudah dan
berkesan demi memajukan pendidikan dan penyelidikan perubatan. |