English (UK)Malay

Agensi Kelayakan Malaysia

SURAT MAKLUMAN MQA BIL. 5/2015: Pemansuhan pengeluaran Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti (Certificate of Quality Compliance, CQC)

Surat Makluman MQA Bil. 5/2015 bertujuan untuk memaklumkan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) akan pemansuhan pengeluaran Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti (Certificate of Quality Compliance, CQC) dalam proses mendapatkan akreditasi sementara. Penambahbaikan terhadap proses dalaman penilaian jaminan kualiti MQA ini tidak melibatkan sebarang perubahan pada fi dan borang yang digunakan untuk memohon akreditasi sementara. Walaubagaimanapun, PPT harus komited dalam memastikan bahawa semua program mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF), dasar, standard dan kriteria yang ditetapkan.