Bahasa MelayuEnglish (UK)

Komponen Bisnes & Teknologi

EB 00103 PROJEK TANI

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknologi penanaman sayuran daripada peringkat permulaan hingga ke peringkat penuaian serta pemasaran. Pengetahuan secara teori akan disampaikan secara kulliah merangkumi aspek-aspek termasuk penyediaan tanah, penyediaan tapak semaian, pembentukan dan penjagaan nurseri, teknik pengubahan anak-anak pokok, pengkomposan, pembajaan, perlindungan tanaman, amalan agronomi, teknik merumput, pemancangan dan cantasan. Pelajar juga dilatih melaksanakan projek di lapangan dalam situasi komersial. Di sini pelajar akan mengendalikan perusahaan penanaman sayuran bersama dengan petani-petani di kawasan mereka secara berkelompok meliputi proses pengeluaran sayuran, penuaian, penjualan dan pulangannya di pasaran. Kursus ini akan memberi keyakinan kepada para pelajar tentang perusahaan penanaman sayuran secara sistematik dalam menyediakan pelajar mencebur diri dalam kidang usahawan tani.

BACAAN ASAS

  • Chrispeels, M.J. & Sadava, D.E . 1994. Plants, Genes and Agriculture. Jones and Bartlett publishers, Inc. London.
  • Mohd Idris Hj. Zainal Abidin. 1987. Tanaman Sayuran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Wiliams, C.N. & Joseph, K.T. 1970. Climate, Soil and Crop Producation in the Humid Tropics. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

MONOGRAF

  • Department of Industries, Queenland. (1994). Diseases of Vegetable Crops. Denis persley (ed). Queensland: Department of Primary Industries, Brisbane Australia.
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). (1997). Paduan Pengeluaran Sayur-Sayuran . Kementerian Pertanian Malaysia, Serdang, Kuala Lumpur: MARDI

EB 00203 PROJEK SAINS MAKANAN

Kursus ini akan memberikan pengetahuan dan mendedahkan pelajar terhadap asas Sains makanan melalui aspek teori dan amali. Pelajar akan diterangkan asas kimia makanan dan kaedah asas yang digunakan dalam memasak pelbagai jenis makanan seperti masakan daging, ayam dan ikan, sayur-sayuran, bijirin dan hasil bakeri. Kebersihan diri juga akan ditekankan selain dari sanitasi dan keselamatan yang berkait dengan penyediaan dan makanan yang telah dimasak. Peralatan yang bersesuaian dalam penyediaan masakan juga akan diterangkan dan ditunjukkan kepada para pelajar. Kursus ini akan memberi keyakinan kepada para pelajar tentang perusahaan pengeluaran produk makanan secara sistematik dalam menyediakan pelajar mencebur diri dalam keusahawan sains makanan.

BACAAN ASAS

  • Freeland-Graves, J. H. 1997. Principles of Food Preparation : A Laboratory Manual. MacMillan Publishing Con.
  • H. Charley and C. Weaver Food. 1998. A Scientific Approach (3rd Edition). New Jersey : Prentice-Hall.
  • Kay Mehas. 1997. The Biochemistry of Food and Nutrition. McGraw Hill College Div.
  • Linden, G. (1995). Analytical Techniques for Foods & Agricultural Products : Labarotary of Biochemical Applications. John Wiley & Sons Inc.
  • Norman N. Potter, Joseph H. Hotchkiss. (1995). Food Science. Aspen Publishers Inc.

EB 00303 BAIK PULIH ELEKTRONIK

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar berhubung dengan alatan elektronik termasuklah proses-proses membaik pulih. Di dalam kursus ini pelajar akan diterangkan tentang jenis-jenis alat elektronik, komponen-komponen dalam alat, prinsip-prinsip elektronik, kegunaan setiap alat elektronik dan juga cara yang betul dan selamat dalam membaik pulih setiap alat elektronik yang terpilih. Kursus ini merangkumi kelas teori dan amali yang bertujuan memberi kefahaman tentang membaik pulih alat elektronik.

BACAAN ASAS

  • Ahood, A. L. and H. Mohamud. 1993. Pengenalan, Peralatan elektrik dan system sukatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Huges, E. 1988. Electric Technology. Longman, London
  • Jones, L. D. and Chin A. F. 1991. Electronic Instruments and Measurements. London : Prentice Hall
  • Nilsson J. W. and Riedel S. A. 1996. Electric Circuits, 5th Edition. Addison Wesley.
  • Smith R. J. 1984. Circuit Devices and System. John Wiley, Singapore.

EB 00403 PENYELENGGARAAN KOMPUTER DAN RANGKAIAN

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan perkara-perkara utama yang berkaitan dengan penyelenggaraan komputer dan juga rangkaian komputer. Ia akan meliputi beberapa perkara iaitu perisian dan perkakasan, komputer dan penyelenggaraan kerosakan. pelajar dapat memahami konsep penting dalam penyelenggaraan komputer dan rangkaian dan berkeyakinan untuk melaksanakan tugas penyelenggaraan tersebut.

BACAAN ASAS

  • Aubrey Pilgrim. 1995. Upgrade and Repair Your PC. McGraw-Hill.
  • Barry Press. 1998. DC Upgrade and Repair Bible. IDG Books.
  • Huges, E. 1988. Electric Technology. Longman, London
  • Mark Minasi. 1996. The Computer PC Upgrade & Maintenance Guide. SYBEX.
  • Micheal F. Harddeski. 1995. Repairing PC Beyond the Basics. McGraw-Hill.

 EB 00503 ASAS PENANAMAN TANAMAN HIASAN DAN LANSKAP

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada segala aspek penanaman tanaman hiasan dan landskap. Antara kandungan pembelajaran adalah kepentingan tanaman hiasan dan landskap, aktiviti-aktiviti utama perlandskapan, fungsi-fungsinya, medium penanaman, cara-cara pembiakan, bahan-bahan penanaman, cara-cara penanaman yang betul dan penjagaan selepas menanam. Pelajar juga didedahkan kepada aspek-aspek untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi oleh perusahaan perlandskapan.

BACAAN ASAS

  • Graf, A.N. 1981. Tropica : Color Cyclopedia of Exotic Plants and Trees for Warm-Region Horticulture – in Cool Climate the Summer Garden or Sheltered Indoors. 4th Edition. New Jersey: Roehrs Company.
  • Grey, W.G. 1986. The Urban Forest : Comperenhensive Management. John Wiley & Sons, Inc. USA.
  • Hartmann, H.T., Kester, D.E. & Davies, F.T. 1959. Plant Propagation: Principles and Practices. 5th Edition. Prentice Hall Career & Technology. New Jersey: Prentice Hall
  • Manion, P.D. 1981. Tree Disease Concept. Prentice-Hall, Inc. Englewood Cliffs, N.J.
  • Mustafa Kamal Mohd. Shariff. 1989. Hortikulture Hiasan dan Landskap. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

EB 00603 KEMAHIRAN PENCARIAN MAKLUMAT

Kursus ini dilaksanakan bagi melatih dan mendedahkan pelajar kepada konsep pencarian dan capaian maklumat. Pelajar didedahkan kepada peranan, struktur dan organisasi perpustakaan. Penekanan akan diberikan kepada pencarian dan capaian maklumat melalui sumber rujukan dalam bentuk bercetak, elektronik dan digital. Bagi memantapkan lagi pemahaman kursus ini, pelajar akna menjalani latihan amali di perpustakaan. Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar dalam kursus ini dapat membantu pelajar menggunakan sumber maklumat yang bersesuaian dengan lebih berkesan.

BACAAN ASAS

  • Gate, Jane Key 1994. Guide To The Use Of Libraries And Information Sources. New York : McGraw – Hill
  • Katz, William A. 1978. Introducation To Reference Work : Volume 1 Basic Information Sources. New York: McGraw _ Hill Book Company.
  • Klein, Brock, Hunt, Matthew, Lee, Robert 1999. The Essential Workbook for Library and Internet Research. Boston: McGraw-Hill
  • Kozak, Ellen M. 1990. Panduan Hakcipta Dan Undang-undang Penerbitan Untuk Penulis.Kuala Lumpur: DBP
  • Saharum TM Sulaiman 1996. Kepustakaan Dalam Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Thinkeris Library

EB 00703 PENGENALAN KEPADA KAMERA

Kursus pengenalan kepada kamera merupakan kursus mengenai produksi Kamera Tunggal atau Single Camera Production yang bertujuan mendedahkan para pelajar aspek-aspek kamera dan penggunaannya dalam bidang pengumpulan maklumat secara elektronik. Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada beberapa aspek kepentingan teori dalam perkembangan bidang komunikasi, khususnya kamera video. Sebagai alat komunikasi yang canggih, penggunaanya dalam menghasilkan sesuatu penerbitan rancangan, khususnya penerbitan TV dalam bentuk Single Camera Action, amat lazim digunakan pada masa kini. Melalui kursus ini para pelajar akan dilatih menggunakan kamera secara amali di lokasi. Pada akhir kursus, dijangkakan pelajar akan dapat menghasilkan sebuah terbitan yang boleh disiarkan melalui TV.

BACAAN ASAS

  • Bernstein, Steven. 1994. Film Production, focal press, Boston.
  • Hall Howard.1995 Corporate Video Directing. Focal Press,Boston.
  • Katz, Steven. 1991. Shot by Shot Film Directing. Visualizing From Concept to Screen.
  • Said HAlim Said Nong. 1998. Drama Melayu: Satu Penilaian Perkembangan dan Peranan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Schint, Robert. 1989. Single Camera Video From Concept to Edited Master, Focal Press, Boston.

EB 00903 SENI ANIMASI

Kursus ini memperkenalkan teknik pembinaan animasi multimedia secara interaktif. Aspek komunikasi 2D dan 3D sni Visual mengikut disiplin seni grafik diutamakan. Peranaan kesan bunyi, kesan cahaya dan disiplin typografi digital (character typo). Program yang dicadangkan adalah:

i. Microsoft Power Point

ii. Gif Animator

iii. Photoshop 5.5

iv. Sound Forge 4

BACAAN ASAS

  • Chmaberlin, H. 1987. Musical Application of Micro Processors. Hyden Books.
  • Mittler & Regan. 1996. Exploring Art. Glencoe.
  • Mittler , Regan. 1996. Understanding Art. Glencoe.
  • Robert, K.1995. Film, form and Culture CD Rom. University of Maryland.
  • Wilkinson, J. 1988. The Art of Digital Audio. Focal Press.

EB 01103 BINA URUS KOMPUTER

Kursus ini memberi pendedahan terkini mengenai dunia teknologi maklumat. Ia akan

memberi penekanan kepada proses bagaimana pemasangan komputer. Sebagai peringkat permulaan pelajar akan diperkenalkan dengan alat-alat perkakasan seperti kelas perkakasan, model teknologi dan lain-lain lagi. Pelajar juga diperkenalkan dengan perisian seperti seperti tujuan, pengelasan perisian dan struktur asas.

BACAAN ASAS

  • Kyle, James. 2005. Build your own computer. Haynes Publishing
  • Sivshankar, 2005. Electronic circuits. Jaico Publisher
  • Murthy, 2005. Basic circuit analysis. Jaico Publisher

MONOGRAF

  • Upgrding and Repairing PCs (10th Ed) by Scott Mueller, Craig Zacker (Contributor).
  • The Complete PC Upgrade & Maintenance Guide (9th Edition) by Mark Minasi, Sybex Inc.

EB 01203 PEMBUATAN MENGGUNAKAN GENTIAN KACA

Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada teori dalam penggunaan gentian kaca, bahan-bahan yang digunakan dlam gentian kaca, kaedah dan teknik-teknik penggunaan, kegunaan dalam pelbagai bidang, penjagaan dan keselamatan dalam penggunaan gentian kaca, rekabentuk produk dan ujian produk gentian kaca dan lain-lain yang berkaitan dengan gentian kaca.

BACAAN ASAS

  • Hult J. & Rammerstofer F.G. 2000. Engineering Mechanics of Fibre Reinforced Polymers & Composite Structure. Prentice Hall.
  • James F. Sheckelfold. 2000. Introduction To Science For Engineers. Prentice Hall Inc.
  • Mathews. F.L. 1987. Joining Fibre – Reinforced Plastics. London Elsivier.
  • Robert M.J. 1993. Mekanik Bahan Rencam. Unit Penerbit Akademik UTM.
  • Ronald F.G 1994. Principles of Composite Material Mechanics. New York Mc Graw Hill.

EB 01203 TEKNOLOGI HIDROPONIK

Kursus ini mengenai aspek-aspek teori dan amali tentang teknologi hidroponik yang boleh dikomersialisasikan. Pelajar didedahkan kepada segala aspek hidroponik terkini dalam bentuk kuliah dan amali. Unsur-unsur penting dalam penanaman hidroponik yang diajar termasuk fedah-faedah penanaman hidroponik, makanan tumbuhan dan formulasi larutan nutrien, medium pertumbuhan, sistem operasi hidroponik dan jenis-jenis kulturnya, teknik-teknik penjagaan tumbuhan serta pengurusan penyakit dan perosak tumbuhan. Pelajar juga diajar tentang penanaman sayuran menggunakan sistem hidroponik tanpa pengedar dan boleh bimbit atau mudah alih serta aspek-aspek penjagaan dan pengasuhan yang rapi.

BACAAN ASAS

  • Anon. 1990. Growing Vegetable Using AVRDC Hydroponic Method. Taiwan: Asian Vegetable Research and Development Centre.
  • Azizah Arshad. 1996. Menanam Secara Hidroponik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Douglas, J. S. 1984. Beginner’s Guide To Hydroponics: Soiless Gardening. London: Pelham Books.
  • Douglas, J.S. 1985. Advenced Guide To Hydroponics. London: Pelham Books.

MONOGRAF

  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). (1997). Paduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. MARDI. Kementerian Pertanian Malaysia. Kuala Lumpur.

EB 01303 ASAS MEKANIK AUTO

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan amali kepada pelajar mengenai asas mekanik auto, peralatan, keperluan bengkel, etika kerja dan pengetahuan asas mekanik auto. Kursus praktikal pula meliputi pengurusan bengkel, membuka dan melakukan servis enjin, memasang dan memulih enjin.

BACAAN ASAS

  • Floriant, Douglas. 1994. An Auto Mechanic (How We Work). Mulberry Papaerback.
  • Sclar, deanna. 1999. Auto Repair For Dummies. Mulberry Papaerback
  • Stockel, Martin W. 1996. Auto Servis and Repair. Mulberry Papaerback
  • Tobolt dan Richardson. 1998. Auto Body: Repairing and Refinishing.