Bahasa MelayuEnglish (UK)

Komponen Kebudayaan & Kesenian

EA 00103 ANGKLUNG

Kursus angklung ini akan memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar tentang cara muzik angklung dari segi sejarah, peralatan, peranan dan juga persembahan. Pelajar akan diterangkan perkara-perkara asas dalam muzik angkl ung termasuklah sejarah, definisi, tangga nada, kunci suara nilai-nilai nota dan tanda diam, tanda masa, rentak dan symbol-simbol atau lambing yang digunakan dalam penulisan muzik angklung.

BACAAN ASAS

  • Ismail Din. 1980. Muzik dan Bahan-bahan yang melahirkan bunyi, Gendang Gendut. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
  • Tan Sooi Beng. 1984. Asas-asas Muzik. USM Pulau Pinang.
  • Mohd. Ghouse Nasaruddin, 1989. Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Perris, Arnold B. 1971. The Rebirth of the Javanese Angklung. Macmillan
  • Stanley Sadie, 1984. Angklung: The New Dictionary of Musical Instrument: London: Macmillan.

EA 00203 KOIR

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan pengetahuan teori dan amali dalam nyanyian koir. Pelajar-pelajar akan diajar sejarah seni vokal serta dasar harmoni berdasarkan gabungan suara soprano, alto/contra alto, tenor dan bass.

BACAAN ASAS

  • Charles, H. Moody. 2001. Choir in the Making. Manchester University Press.
  • Neale, Stephen, 1980. Conducting A Choir. Oxford University Press.
  • Altman, Rick, 1981. Genre: The Musical. Routledge & Kegan Paul Ltd.

MONOGRAF

  • Kenneth W. Osbeck. Music Workbook. Berklee College of Music. Boston. USA.
  • Jabatan Penerangan/Penyiaran Malaysia. Lagu-Lagu Patriotik.
  • Larry Monrue Berklee College of Music. Music for Ear Training/Theory. Boston. USA.

EA 00303 KOMPANG

Kursus kompang ini bertujuan memberikan pengetahuan dan memperkenalkan permainan kompang kepada para pelajar. Kursus ini akan menyentuh tentang aspek sejarah dan kepelbagaian teknik permainan termasuklah dalam majlis-majlis tertentu. Pelajar akan diajarkan asas-asas permainan termasuklah teknik pukulan melalu, meningkah, menyelang dan pola paluan kontemporari agar bunyi yang dihasilkan adalah yang padat dan padu. Pelajar akan diuji bermain secara solo dan juga berkumpulan untuk mengetahui tahap penerimaan dan pemahaman pelajar.

BACAAN ASAS

  • Asmad. (1990). Seni Lagu dan Permainan Tradisi. Melaka : Association Educational Distributers (M) Sdn. Bhd.
  • Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. (1994). Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
  • Matusky, P. & Tan, S.B. (1997). Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang : Asian Centre Penang & Akademi Seni Kebangsaan.
  • Nik Mustapha Nik Mohd. Salleh. (1998). Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu . Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan warisan Malaysia.
  • Shamsiah Sabaruddin, Surya Hafida Bahari & Zuzitah Abdul Samad. (1993). Kumpulan Kompang. Kuala Lumpur : Pustaka Bakti Wira.

EA 00403 LAKONAN TEATER

Kursus ini adalah pengenalan awal kepada pelajar tentang pengertian lakon dan teknik-teknik asas persiapan seorang pelakon pentas. Para pelajar juga akan didedahkan kepada teori lakonan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teater barat seperti Stainslavski, Grotowski, Artaud, Boai dan lain-lain. Kursus ini banyak menumpukan kepada aspek latihan di studio.

BACAAN ASAS

  • Alexander, F. Mattias.1997.The Ressuretion of the Body. Ed: Dell, New york.
  • Berry Cecily, 1973. The Voice and the Actor. Alyn Harrap, Lodon.
  • Brook, Peter.1968. The Empty Space. London Gibbon & Kee.
  • Cohen, Robert.1878. Acting Power. Palo Alto: Mayfield, CA
  • Cole, Toby and Helen K. Chiney.1953. Directing the Play. New York Hobbs,Merrill.

EA 00503 LUKISAN DAN CATAN

Kursus ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan dapat menyelesaikan masalah dengan mudah, pelajar dapat meluahkan perasaan melalui visual tampak dengan kajian yang teliti. Pelajar akan diajar unsur senireka, prinsip rekaan dan struktur rekaan. Pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik, untuk menghasilkan karya dan dilatih kemahiran melukis, penggunaan alat dan bahan secara berdisiplin. Karya yang disiapkan dipamerkan untuk dinilai.

BACAAN ASAS

  • Hasel Harrison & Alferd Daniels. (1993). The complete printing course. Dorling Kindersly (UK).
  • Hazel Harrison. (1993). The basic of drawing the complete Art course. Dorling Kindersly
  • Jenny Roduell. (1989). Drawing. Great Britain.
  • Kathleen Chee. (1994). Teori Seni 1 & 2. Fokus Pelangi
  • Latif Muhidin. (1988). G.A.R.I.S. Dewan Bahasa Pustaka.

EA 00603 MUZIK ASLI

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan teori serta praktikal kepada pelajar mengenai ensemble muzik asli. Kursus teori meliputi aspek-aspek persejarahan muzik asli tersebut di samping pengklasfikasian alat-alat muzik dalam ensemble tersebut. Pelajar-pelajar akan diberikan nota-nota berserta tayangan audio dan video untuk mengenalpasti peralatan dan tradisi persembahan ensemble muzik asli. Dalam aspek praktikal pula, pelajar diberikan peluang untuk mengenal dan seterusnya belajar untuk memainkan alat-alat muzik di dalam ensemble muzik asli mengikut kemampuan mereka. Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat menguasai aspek teori/persejarahan muzik asli di samping dapat membuat persembahan

BACAAN ASAS

  • Curt Sachs. (1940). The History of Musical Instruments.I. JM Dent & Sons LTD.
  • Mohd Anis Md Nor. (1993). Zapin, Folk Dance of The Malay World. OUP, New York.
  • Mohd Ghouse Nasuruddin. (1992). Muzik Tradisional Melayu. Dewan Bahasa Pustaka.
  • Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria. (1992). Kesenian di Malaysia. Buku Must Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • Hood, Mantle, 1971. The Ethnomusicologist. Kent State university Press.

EA 00703 MUZIK MODEN

Kursus muzik moden ini bertujuan mendedahkan para pelajar dengan irama dan seni muzik. Pelajar akan diajarkan dan diterangkan tentang sejarah perkembangan muzik moden tempatan dan juga pengertian-pengertian muzik seperti tangga nada, kunci suara, dan nilai nilai nota yang terdapat dalam muzik moden. Pelajar akan berpeluang bermain beberapa alat muzik yang terpilih. Kursus ini juga akan menjelaskan simbol berkaitan dengan notasi muzik moden.

BACAAN ASAS

  • Blades, J. 1992. Percussion Instruments and Their History. Westport, Connecticut: The Bold Strummer Ltd.
  • March, Mary , 1970. Explore and Discover Music. Macmillan Limited
  • Malm, W.P. 1979. Music In Malaysia. The World Of Music. Routledge & Kegan Paul Ltd
  • Laing, Dave, 1990. Listen to me, in On Record. Frith, Simon and Goodwind (eds). Routledge & Kegan Paul

EA 00803 NASYID KONTEMPORER

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai seni nasyid moden atau dakwah popular. Kursus ini akan memberi latihan seni vokal secara bersistematik, peranan soloist, gabungan harmoni dan lapis suara serta penguasaan melodi dalam tempo pelbagai bagi melahirkan lagu-lagu nasyid dengan iringan muzik moden atau kontemporer. Pelajar akan juga didedahkan teknik nyanyian iringan gubahan muzik symphony dan akustik.

BACAAN ASAS

  • Mohd Ghouse Nasuruddin. (1992). Muzik Tradisional Melayu. Dewan Bahasa Pustaka.
  • Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria. (1992). Kesenian di Malaysia. Buku Must Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • Adjie Esa Poetra, 2204. Revolusi Nasyid. MQS Publishing, Jakarta.

EA 00903 NASYID TRADISIONAL

Kursus nasyid tradisional ini adalah bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar tentang seni nasyid tradisional. Pelajar akan diterangkan mengenai bentuk-bentuk irama dan seni yang terdapat dalam nasyid tradisional dan dilatih menyanyi dalam ras-ras tradisional seperti bayati, sikah dan mod-mod muzik tradisi Timur Tengah. Pelajar juga akan dilatih secara nyanyian solo berasaskan konteks dan peranan soloist dalam genre nasyid tradisional. Kursus ini akan dijalankan secara teori dan amali/praktikal.

BACAAN ASAS

  • Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. (1994). Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
  • Adjie Esa Poetra, 2204. Revolusi Nasyid. MQS Publishing, Jakarta.
  • Mohd. Ghouse Nasaruddin. (1992). The Malay Traditional Music. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria. (1992). Kesenian di Malaysia. Kuala Lumpur : Buku Must Sdn. Bhd.

EA 01003 PENGENALAN KEPADA LAKON LAYAR

Kursus ini mendedahkan para pelajar teknik-teknik secara praktis menggunakan kamera ” camera mannerism” . Pelajar dilatih berlakon di depan kamera iaitu cara mempamerkan mimik muka, keceriaan dan lain-lain. Selain itu, mereka diajar menghafal serta menghayati lakonan tanpa skrip. Di samping itu, pelajar juga dilatih teknik-teknik berlakon di lokasi dan dalam studio di akhir kursus ini.

BACAAN ASAS

  • Eric Morris, 1998. Acting , imaging and the Unconscious. Ermor Enterprise. Los Angeles, USA.
  • John Miles Brown.1994. Directing Drama. Peter Owen Limited, USA.
  • Linda Villiams.1995. Viewing Position-Ways of seeing Film. Rutgers University Press, New Jersey, USA.
  • Steven D. Kats.1991. Film Directing – Shot by shot: Visualizing from Concept to Screen. Michael Wiese Production, USA.
  • William Miller.1998. Screenwriting for film and Television. Allyn and Bacon, USA.

EA 01103 PENULISAN SKRIP DRAMA

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar mengenai beberapa asas dalam penghasilan sebuah skrip drama pentas. Pelajar akan didedahkan dengan persediaan yang harus dibuat sebelum memulakan proses penulisan kreatif tersebut. Perbincangan secara ringkas mengenai perbezaan drama dan teater serta bentuk-bentuknya akan dilakukan. Peringkat seterusnya melibatkan perbincangan mengenai elemen-elemen yang harus wujud dalam sebuah skrip dan bagaimana mengembangkan idea-idea yang wujud dan menukarnya kepada sebuah skrip drama pentas. Penganalisaan skrip dan menonton pementasan akan dilakukan dari masa ke semasa sebagai kritikan dan panduan dalam penghasilan sesebuah skrip. Di akhir kursus pelajar akan menghasilkan sebuah skrip drama pentas.

BACAAN ASAS

  • Armer, Alan A. 1993. Writing the Screenplay: TV and film. Wadsworth Publishing

Company Belmont, California.

  • Bently, Eric.1967. The Playwright as Thinker. New York: Atheneum.
  • Field Syd. (Terj) 1990. Lakon Layar: Asas Penulisan Skrip. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Hatcher, Jeffrey.1996. The Art & Craft of Playwriting. Story Press, Cincinnati, Ohio USA.
  • Jeffrey Sweet.2001. Solving your Script: Tools and Techniques for the Playwright. Heineman Publishing.

EA 01203 PERANGKAT GAMELAN

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar mengenai seni muzik Gamelan Melayu. Antara yang akan disentuh ialah aspek pensejarahan, instrumentasi, harmonisasi dan kepelbagaian teknik permainan secara sistematik. Para pelajar juga akan diajar asas-asas teori muzik bagi memperkukuhkan permainan gamelan sambil membaca nota muzik. Repertoir bagi kursus ini meliputi repertoir klasik Terengganu dan Kontemporer. Di akhir kursus, para pelajar akan diuji secara teori dan amali (individu dan berkumpulan)

  • BACAAN ASAS
  • Harun Mat Piah. (1985). Bengkel Gamelan Malaysia. Terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Harun Mat Piah. (1983). Gamelan Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama IBKKM.
  • Mohd. Ghouse Nasharuddin. (1985). Muzik Melayu Tradisional. Dewan Bahasa Pusataka, Kuala Lumpur.
  • Siti Zainon Ismail. (1988). Lambang Sri. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

EA 01303 SENI ARCA

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar mengenai konsep seni arca dan perkembangan seni ini sehingga masa kini. Arca merupakan karya seni tiga dimensi yang dihasilkan melalui beberapa teknik iaitu binaan, ukiran acuan, cantuman dan membentuk. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat percubaan ekspresif tentang permasalahan bentuk dalam ruang melalui bahan-bahan buangan. Pelajar dilatih bersifat kreatif dan kritis terhadap media/bahan yang ada di persekitaran untuk dijadikan karya tiga dimensi yang menekankan nilai estetik. Kursus ini akan diselenggarakan dalam bentuk teori dan amali.

BACAAN ASAS

  • Abdul Halim Nasir, (1986). Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: DBP.
  • Itten, J. (1977) Design and Form. New York: Van Nostrad Reinhold Co.
  • Penny, N. (1993). The Materials of Sculpture. London: Yale University Press.
  • Schodek, D.L. (1993). Structure in Sculpture. London: The MIT Press.
  • Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: DBP.

EA 01403 SENI BATIK

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar secara teori dan amali semua teknik yang berkaitan dengan seni batik. Pelajar akan diajar asas seni reka khususnya yang berkaitan dengan unsur-unsur seni, prinsip rekaan, struktur rekaan, reka corak, motif dan olahan reka letak dan ‘design’ studio. Pelajar juga dilatih secara amali menghasilkan karya batik tulis yang melibatkan karya melakar, mencanting, mewarna dan seterusnya mempersembahkan hasil karya seni. Karya-karya yang siap dipamerkan untuk dinilai pada akhir semester.

RUJUKAN

  • Abdullah Jumain Abu Samah. (1982). Batik: Sejarah, Teknik dan Keistimewaannya. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Griffin, Heather and Margaret Hone. (1990). Introduction to Batik. North Light Books : Cincinnati, OH.
  • Jenny Podueel. (1989). Drawing. Gfed Britain.
  • Kafla, J.F. (1959). Batik Tie Dyeing Stencilling, Silkscreen, Block Printing, The Hand Decoration of Fabric. New York : Dover Publishing Inc.
  • Rathus, L.F. (1995). Understanding Art (4th ed.). New Jersey : Prentice-Hall.

EA 01503 TARIAN ISTANA

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai Seni Tari Istana di Malaysia dari sudut sejarah dan amali. Kursus ini akan menumpukan gerak dasar, pengurusan teknik-teknik asas koordinasi gerak dan rentak serta penguasaan disiplin, sikap, etika dan tata kelakuan penari dalam sesebuah persembahan Seni Tari. Dalam kursus ini tumpuan akan diberikan kepada dua jenis tarian iaitu Joget Gamelan dan Asyik. Pelajar juga akan didedahkan dengan fungsi dan komunikasi muzik dan tari bagi tujuan pemahaman dan apresiasi genre tarian Istana yang terdapat di negara ini.

BACAAN ASAS

  • Asmad. 1990. Kesenian Tari. Associted distributors (M) sdn. Bhd. Melaka.
  • Mohd Ghouse Nasaruddin, (1994). Tarian Melayu Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Siti Zainon Ismail. (1986). Lambang Sari: Tari Gamelan Terengganu. Dewan Bahasa dan Pustaka

MONOGRAF

  • Zainal Abidin Tinggal. (1998). The Dances of Asean. Asean Committee on Culture and Information.
  • KKBS. 1981. Tarian-tarian Malaysia. KKBS, Kuala Lumpur.

EA 01603 TARIAN RAKYAT

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai seni tari rakyat di Malaysia dari sudut sejarah dan juga amali. Kursus ini akan menumpukan gerak dasar, penguasaan teknik-teknik asas koordinasi gerak dan rentak serta penguasaan disiplin, sikap dan tata kelakuan penari dalam sesebuah persembahan seni tari. Dalam kursus ini tumpuan akan diberikan kepada tiga jenis tarian iaitu Asli, Joget, Inang dan Zapin. Pembelajaran ini juga menerangkan konsep ruang serta peranan tari rakyat dalam pembangunan kebudayaan di Malaysia.

BACAAN ASAS

  • Asmad. (1990). Kesenian Tari. Associated Distributor (M) Sdn. Bhd., Melaka.
  • Harun Mat Piah & Siti Zainon Ismail. (1986). Lambang Sari: Tari Gamelan Terengganu.. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Mohd Ghouse Nasaruddin. (1994). Tarian Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • T. Japi. (1981). Dasar-dasar Dramatari. CV Pustaka Prima, Bandung.

MONOGRAF

  • Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. (1981). Tarian-tarian Malaysia.

EA 01703 TARIAN SABAH

Kursus ini akan memperkenalkan kepada siswa/siswi tentang genre tari yang terdapat di Negeri Sabah dan juga akan membicarakan tentang sejarah dan perkembangannya. Kursus ini menumpukan kepada aspek latihan gerak asal tari tradisi, penguasaan teknik gerak dan pengertian gerak yang berkaitan di dalam sesebuah tarian itu. Kuliah kursus adalah secara teori dan amali dengan menumpukan kepada genre suku kaum etnik di negeri Sabah anataranya i Sumazau, Daling-Daling, Igal-Igal, Mangunatip, danKuda Pasu.

BACAAN ASAS

  • Asmad. (1990). Kesenian Tari. Associated Distributors (M) Sdn. Bhd. Melaka.
  • Haji Ismaily Hj. Bungsu. (1995). Warna Budaya. KKBS(N), Sabah, Malaysia.
  • Ismail A, & Charles Saong. (1984). Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah. KKBS.

MONOGRAF DAN JURNAL

  • Johan Aziz. Tarian Peribumi Sabah 1980-1982
  • KKBS. (1981). Tarian-tarian Malaysia. KKBS, Kuala Lumpur.

EA 01803 SENI KHAT

Kursus ini dilaksanakan lebih kepada melatih dan mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran dan keindahan seni khat. Pelajar didedahkan dengan sejarah perkembangan penulisan khat. Penekanan akan diberikan kepada empat (4) jenis khat yang terkenal. Bagi memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam kursus ini, pelajar akan diajar secara praktikal, bagaimana menulis dan membentuk seni khat dengan baik dengan menggunakan berbagai peralatan yang sesuai untuk mengahasilkan seni khat yang menarik.

BACAAN ASAS

  • Abdul Halim Nasir. (1987). Tradisional Malay Wood Carving. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • D. Sirajuddin Ar. (1985). Seni Kaligrafi Islam. Jakarta : Pustaka Panjimas.
  • Hashim Muhammad Al-Khattat. (1986). Qawaid al-Khat al-Arabi. Beirut : Maktabah al-Nahdah al-Arabiyah.
  • Mahayudin Hj. Yahaya. (1999). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
  • Muhammad Haddad. (1943). Majmu’ah Khutut Arabiyah Tasykiliyah. Al-Qahirah : Dar Mesr Li al-Tiba’ah.

EA 01903 TEKNIK REKAAN PENTAS

Kursus ini menjuruskan kepada teknik rekaan dan penghasilan sesebuah pentas untuk persembahan atau pementasan. Antara bidang tumpuan dalam kursus ini ialah teknik pemahaman skrip dari sudut teknikal dan cara mengaplikasikannya ke atas pentas penghasilan model pentas, latihan pengaplikasian model ke pentas sebenar. Matlamat utama kursus ini ialah melahirkan pelajar yang mantap dan sentiasa bersedia menjalankan aktiviti yang memerlukan penyediaan sesebuah pentas untuk sesuatu program.

BACAAN ASAS

  • Bablet, Denis.1977. The Revolution of Stage in the Twentieth Century. New York: Leon & Amiel.
  • Bay, Howard 1978. Stage Design. New York: Drama Book.
  • Burris – Meyer, Harold and Edward C. 1972. Scenery for the theatre: Little Brown.
  • J. Micheal Gillette. 1997. Designing with light: An Introduction to Stage Lighting.
  • Mary C. Henderson, Frank Rich. 2001. Mielziner: Master of Modern Stage Design. New York