Bahasa MelayuEnglish (UK)

Komponen Kepimpinan & Kemasyarakatan

EK 00103 INTERIM (INTERAKSI INSTITUSI DAN MASYARAKAT)

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dua hala dengan kelompok sosial tertentu serta mengalami beberapa situasi sosial secara langsung dengan kelompok masyarakat tertentu misalnya instituís rumah anak-anak yatim, rumah warga emas. Pusat-pusat pemulihan dan juga institusi belia dalam sesebuah sistem komuniti. Pelajar didedahkan dengan metode berinteraksi dan komunikasi dengan komuniti tersebut serta berpatisipasi secara integratif dalam projek-projek kemasyarakatan.

BACAAN ASAS

  • Ainon Mohamad dan Abdullah Hassan. (1996). Berfikir Dalam Darjah. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
  • Altaman, (1975). The Environment & Social Behavior, Books Cohen Publishing Co. California.
  • Bili P.S Lim. (1997). Berani Gagal. Hardknocks Factory Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
  • Cohan, A.R. (1964). Attitude Change & Social Influence. Basic Books, New York.
  • Yassin, M. (1996). Operasi Khidmat Masyarakat. Kuala Lumpur : Utusan Melayu (M) Bhd.

EK 00203 PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR

Kursus ini lebih melatih pelajar bagaimana merancang dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti tertentu. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teori dan gaya pengurusan organisasi yang merangkumi pelbagai aspek seperti kepimpinan, pengurusan personal, pengurusan kewangan dan pemasaran. Dalam kursus ini pelajar akan dilatih bagaimana hendak menyediakan sebuah kertas kerja yang baik, kemas dan menarik, kemahiran mengendalikan mesyuarat dan teknik pembentangan kertas kerja yang efisien. Diakhir kursus pelajar akan menjalankan projek yang dirancangkan bagi merealisasikan cadangan program di lapangan secara kerja berpasukan.

BACAAN ASAS

  • Aminuddin Mohd Yusof. (1990). Kepimpinan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Brook, William T. (1994). Pengurusan Berkesan Hebat (terj.) 1995. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • George, Jeniffer M & Jones, Gareth R. (1996). Understanding and Managing Organizational Behavior. Addison-Wesley Publishing Company, Inc.
  • Hall, Richard H. (1996). Organizations : Structures, Processes and Outcomes. 6th ed. Prentice Hall, Englewood Cliffs, New Jersey.
  • Robbins, Stephen P. & Coulter, Mary. (1996). Management. Prentice Hall.

EK 00303 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI (BAKTI SISWA)

Kursus ini akan mendedahkan pelajar dengan asas-asas dan teori kepimpinan dan

organisasi. Pelajar juga berpeluang untuk mempelajari teknik komunikasi yang betul dengan masyarakat sekeliling dan juga teknik dalam membuat sesuatu keputusan. Di akhir pengajaran, pelajar akan membuat satu projek bersama masyarakat desa dan ini akan menguji kemahiran pelajar dalam mengendalikan mesyuarat, membuat keputusan, menjalankan peranan mengikut jawatan yang diberikan, membuat kertas kerja dan juga melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan.

BACAAN ASAS

  • Reeve, J. (1997). Understanding Motivation and Emotion (2nd ed.). London : Harcourt Brace College Publishers.
  • Bratton.J.,Grint, K., & Nelson, D.L., 2004. Organizational leadership. United States: South-Western, Thomson
  • Dubrin, A.J., 2000. Leadership: Research findings, practice and skills. New York: Houghton Mifflin Company
  • Hughes, L.W. (1994). The Principal As Leader. New York : Macmillan College Publishing Company.
  • Ohlsen, M.M, Horne, M.A dan Lawe, F.E. (1998). Group Counseling. New York Holt, Rinehart and Winston, Inc.

EK 00403 PENGURUSAN MASJID DAN JENAZAH

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai fungsi sebenar Masjid dalam Islam dan kepentingannya sebagai sebuah institusi yang berkesan menjaga dan memelihara syiar Islam. Pelajar juga akan mempelajari sejarah masjid-masjid utama di dunia (seperti Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjid Nabawi), cara pengurusan masjid yang berkesan, pengurusan dakwah melalui masjid, bidang kuasa Jabatan Agama Islam setiap negeri, bidang tugas pegawai-pegawai masjid, pengurusan khutbah jumaat sebagai medium dakwah yang berkesan, perancangan aktiviti masjid dan memaksimakan peranan masjid dalam menyalurkan khidmat kepada masyarakat. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan pengurusan jenazah sebagai persediaan untuk menyelenggarakan jenazah bermula selepas berlakunya kematian sehinggalah jenazah dikebumikan. Ini termasuklah memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah.

BACAAN ASAS

  • Mohamed Sulaiman, 1995. Kepimpinan dan Pengurusan Strategik Untuk Kecemerlangan Organisasi. Universiti Sains Malaysia.
  • Sulaiman Endut. 1997. Asas-asas Fardhu Ain. Pustaka Hj. Abdul Majid. Kuala Lumpur

KERTAS KERJA

  • Abdul Razak Abu Chik. (2002). Penyampaian Khutbah – Satu Pendangan. Koleksi Kertas Kerja Pengurusan Masjid JAKIM
  • Hj. Mohd. Sharir Hj. Abdullah, Datuk. (2002). Peranan Masjid Terhadap Pembangunan Ummah. Koleksi kertas Kerja Pengurusan Masjid JAKIM.
  • Hj. Wan Zahidi Wan The, Dato’. (2002). Masjid Sebagai Institusi Di Bawah Hak Sultan. Koleksi Kertas Kerja Pengurusan Masjid, JAKIM.

EK 00503 PROMOSI KESIHATAN

Kursus ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk memberikan khidmat kesihatan pada masyarakat yang memerlukan terutama masyarakat desa, miskin, serba kekurangan dan dalam penderitaan seperti masyarakat orang asli, masyarakat pendalaman, mangsa perang, banjir dan sebagainya, sama ada di dalam atau luar negara. Pelajar digalakkan membentuk kumpulan dan mengikut misi bantuan atau program outreach oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk mempelajari dan mendekati masyarakat ini serta mempromosi kesihatan yang baik. Program ini akan dijalankan semasa cuti semester selama dua minggu dan diselia oleh seorang pensyarah dari Sekolah Perubatan.

BACAAN ASAS

  • Cossens BJ. 1992. Preventive Medicine and Public Health. The National Medical Series for Independent Study. Harwal Publishing. Tokyo.
  • Tones, K. Tilford S., and Robison. 1990. Health Education: Effectiveness and Efficiency. Chapman and Hall, London.
  • Wass A. 1997. Promoting Health. The Primary Care Approach. WB Saunders Harcourt brace and Company.

MONOGRAF

  • World Health Organisation. 1982. Primary Health care From Theory to Action. WHO Copenhagen.
  • World Helath Organisation. 1986. The Ottawa Charter for Health Promotion. WHO. Geneva.

EK 00603 KEMAHIRAN SENI ORATOR

Kemahiran Seni Orator adalah satu kursus ko-kurikulum berteraskan kepada kegiatan-kegiatan bercorak pengucapan. Kursus ini akan menerapkan kemahiran berfikir dan teknik memacu minda untuk berimaginasi, serta mencanai ilham secara spontan. Bagi meluaskan skop kursus ini dan menjadikannya padat serta dinamik (sesuai dengan sifatnya sebagai suatu kursus kokurkulum), maka, aspek pengurusan turut diselitkan. Sebahagian intipati kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada prosedur pengurusan aktiviti-aktiviti bercorak seni pengucapan (misalnya, pertandingan debat, forum, pidato, puisi, pantun).

BACAAN ASAS

  • Freely, Austin J. (1996). Argumentation and Debate : Critical Thinking for Reasoned Decision Making. Belmont : Wadsworth Publishing Company.
  • Hartley, Peter. 2001. Interpersonal Communication (2nd ed.). Routledge.
  • Hybels, Saundra, and Richard L. Weaver. 2003 Communicating Effectively. Boston : McGraw-Hill.
  • Patrick, Fanning, Matthew, Phd McKay, Martha Davis. 2000. Messages : The Communication Skills Book. New Harbinger Publication, Inc.
  • Robert , Bolton. 1988. People Skills. Simon & Schuster New York.

EK 00703 PIDATO

Kursus ini akan memberikan para pelajar pendedahan dan pengetahuan berkenaan teknik-teknik komunikasi yang efektif digunakan sama ada untuk kegunaan seharian dan juga pidato. Pelajar akan diajarkan tentang gaya-gaya bahasa dan juga cara pemilihan isi yang bersesuaian digunakan dalam pidato. Dalam kelas, pelajar akan dibiasakan untuk bercakap, membina keyakinan diri dan bijak dalam penggunaan ayat untuk menyampaikan maksud tertentu. Kursus ini meliputi teori dan amali untuk memberikan kefahaman dan di akhir kursus pelajar akan diuji dengan menyampaikan pidato mengikut tajuk-tajuk tertentu yang diberikan.

BACAAN ASAS

  • Freely, Austin J. 1996. Argumentation and Debate : Critical Thinking for Reasoned Decision Making. Belmont : Wadsworth Publishing Company.
  • Griffin, Em. 1997. A First Look at Communication Theory. New York : McGraw-Hill.
  • Hybels, Saundra, and Richard L. Weaver. Communicating Effectively. Boston : McGraw- Hill.
  • J, J. N. Jayant and Shoham. 1992. Coding of Wideband Speech : Speech Communication. McGraw-Hill
  • Noonan, Peggy. 1998. Simply Speaking. New York : Regan Books.