PERINGATAN MEMBAYAR YURAN SEM 1 2018/2019

 

 

 

 

 

New Announcement!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada pelajar-pelajar PLUMS yang masih mempunyai tunggakan yuran bagi Semester 1 2018/2019, anda adalah wajib menjelaskan baki tunggakan tersebut dengan kadar segera untuk mengelakkkan terhalang daripada mencetak slip peperiksaan dan tidak dibenarkan mengikuti peperiksaan akhir.

Status terkini yuran boleh dirujuk di laman smp.ums.edu.my.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang yuran pengajian, sila berhubung dengan kakitangan kewangan di talian 314600/314601 - En. Yazaruddin (Pascasiswazah) dan En. Mohd Zaki (Prasiswazah).

Sila ambil maklum tentang penerima bayaran yuran pengajian berikut dan dibayar kepada pihak yang betul;

  1. Tunggakan yuran SEMASA, Semester 1 2018/2019 (Bayar kepada: UMS/PLUMS)
  2. Tunggakan yuran SEBELUM Semester 1 2018/2019 (Bayar kepada: UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.)

Sebagai menyahut saranan ‘Cashless Campus’, para pelajar adalah digalakkan menggunakan kaedah pembayaran ‘online banking’ untuk menjelaskan yuran pengajian. Walau bagaimanapun, kaunter kewangan PLUMS dibuka pada hari bekerja dan setiap sabtu (kecuali cuti umum) bagi sebarang kaedah pembayaran lain.

Sekian, harap maklum.

 

Seksyen Kewangan

Pusat Luar UMS (PLUMS)