English (UK)

Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali Ke-2

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali Ke-2 (PAPK2) 2019 bertemakan “Memfalsafahkan Ilmu Kemanusiaan, Memanusiakan Falsafah” pada 19 September 2019 di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Antara fokus utama PPIB adalah memberikan pendedahan mengenai nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat. Matlamat ini sejajar dengan tema persidangan ini, iaitu ‘Memfalsafahkan Ilmu Kemanusiaan, Memanusiakan Falsafah’. Usaha dalam memperkasakan nilai-nilai murni bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kerjasama daripada pelbagai pihak. Kesungguhan para peserta yang datang dari pelbagai institusi memberikan gambaran bahawa satu komitmen yang tinggi telah diberikan dalam usaha pemantapan nilai-nilai kemanusiaan murni sejagat.

Persidangan ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak secara amnya. Persidangan ini akan menjadi platform bagi para peserta untuk bertukar-tukar amalan terbaik, idea-idea, mewujudkan jaringan kerjasama serta dapat berkongsi idea dan pengetahuan mengenai perkembangan terkini dan baharu khususnya dalam bidang pengajian kemanusiaan. Harapan paling utama melalui persidangan ini, semua peserta daripada pelbagai latar disiplin ilmu akan memperoleh input baharu yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan.

#ppib #ums #menginsankanmanusia #papk2

Sumber: Facebook PPIB UMS