Malay

Gugusan Wajib Universiti

Gugusan Wajib Universiti

Gugusan Wajib Universiti

 

Jumlah jam kredit bagi Gugusan Wajib Universiti ialah enam (6) jam kredit. Kursus UW00102 Hubungan Etnik (HE) dan kursus UW00202 Tamadun Islam dan Asia (TITAS) adalah wajib kepada semua pelajar kecuali pelajar antarabangsa. Walau bagaimanapun, pelajar antarabangsa diwajibkan mengambil Bahasa Melayu Asas Tahap 1 dan Bahasa Melayu Asas Tahap  2 untuk melengkapkan 4 jam kredit bagi menggantikan kursus Hubungan Etnik dan kursus TITAS.

 

Bagi pelajar antarabangsa yang mempunyai kemahiran Bahasa Melayu (khususnya dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan selatan Thailand) diwajibkan mengambil Bahasa Melayu Lanjutan 1 dan 2. Sementara itu, kursus UW00302 Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) diwajibkan kepada semua pelajar termasuk pelajar antarabangsa. Kursus-kursus ini ditawarkan mengikut aliran pengajian (Sastera atau Sains) pada setiap semester.

 

 

 

KOD

 

KURSUS

 

JAM KREDIT

UW00102

Hubungan Etnik

2

UW00202

Tamadun Islam dan Asia (TITAS)

2

UW00302

Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK)

2

 

 

PenDAFTARAN Kursus WAJIB UNIVERSITI MENGIKUT ALIRAN DAN SEMESTER

 

ALIRAN SASTERA

SEMESTER

KOD KURSUS

  1. Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
  2. Fakulti Psikologi dan Pendidikan
  3. Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
  4. Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan

 

1

UW00102

2

UW00202

4

UW00302

ALIRAN SAINS

SEMESTER

KOD KURSUS

  1. Fakulti Sains dan Sumber Alam
  2. Fakulti Kejuruteraan
  3. Fakulti Komputeran dan Informatik
  4. Fakulti Pertanian Lestari
  5. Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

2

UW00102

1

UW00202

3

UW00302

PELAJAR PERUBATAN

SEMESTER

KOD KURSUS

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

2

UW00102

1

UW00202

2

UW00302