Malay

FAQ

Soalan-Soalan yang Kerap ditanya

Mengapakah perlu untuk mengambil kursus-kursus di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)?

      PPIB menawarkan beberapa kursus dari pelbagai bidang, yang mungkin tidak ditawarkan di peringkat sekolah dan program. Kursus-kursus ini memberikan pengetahuan dan perspektif baru kepada pelajar-pelajar supaya dapat melahirkan siswazah dan sumber manusia yang holistik dan berdaya saing.

Berapa jumlah jam kredit perlu diambil dari PPIB?

Pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan 20 jam kredit dari PPIB yang meliputi Gugusan Wajib Universiti (6 jam kredit), Gugusan Bahasa-Bahasa (8 jam kredit) dan Gugusan Pengajian Liberal (6 jam kredit).

Perlukan pelajar-pelajar antarabangsa mengambil kursus Tamadun Islam dan Asia dan Hubungan Etnik?

Tidak. Bagaimanapun pelajar-pelajar antarabangsa harus mengambil dua tahap Bahasa Melayu Asas sebagai gantian.

Apakah syarat kelulusan bahasa untuk mendaftar kursus-kursus bahasa Asing dan Tempatan?

Pelajar-pelajar tempatan mestilah mencapai sekurang-kurangnya band 3 dalam MUET dan kelulusan minimum pada ujian bahasa Inggeris antarbangsa seperti TOFEL dan IELTS sepertimana yang dinyatakan pada laman sesawang kami.

Adakah pelajar berbangsa Cina dibenarkan mendaftar kursus bahasa Mandarin?

Tidak boleh. Pelajar sesuatu bahasa etnik tidak dibenarkan mendaftar dalam peringkat asas bahasa ibundanya. Sebagai contoh, pelajar-pelajar Kadazandusun tidak dibenarkan mendaftar kursus asas bahasa Kadazandusun. Bagaimanapun, mereka boleh mengambil kursus bahasa Kadazandusun peringkat Lanjutan.

Apakah syarat kelulusan bahasa Inggeris untuk bergraduat kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus bahasa Inggeris Asas di PPIB?

            Pelajar mestilah mencapai gred purata C (2.0) dalam 4 modul Bahasa Inggeris yang diambil.

Apa akan terjadi jika pelajar gagal dalam kursus PPIB?

Pelajar boleh mengambil semula kursus yang sama. Bagaimanapun, bagi  Gugusan Pengajian Liberal, pelajar boleh mendaftar kursus yang sama atau mengambil kursus lain di bawah gugusan yang sama