English (UK)

Quality Sectors

SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI DAN DEFINISI

Skop sistem pengurusan kualiti UMS adalah Pelaksanaan Program Pengajian Prasiswazah Sepenuh Masa Universiti Malaysia Sabah. Sistem pengurusan kualiti ini dilaksanakan di :

  • Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia;
  • Kampus Cawangan Antarabangsa Labuan, dan
  • Fakulti Pertanian Lestari Sandakan

 

 

DASAR KUALITI UMS

UMS bertekad untuk melaksanakan Program Pengajian Prasiswazah sepenuh masa dengan cemerlang. UMS berhasrat untuk mencapai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa menerusi program pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat.

Untuk meningkatkan keberkesanan program pengajaran dan pembelajaran, kurikulum setiap program akan dikaji setiap tiga hingga lima tahun menerusi pandangan penilai luar, industri, alumni dan keperluan semasa.

Keberkesanan sistem juga ditingkatkan melalui semakan objektif-objektif  kualiti di setiap jabatan dari masa ke semasa.

Memastikan kakitangan UMS memahami, menghayati dan mengamalkan dasar kualiti ini.

 

 

OBJEKTIF KUALITI

Pihak Pengurusan Atasan UMS mengenalpasti aspek-aspek tertentu yang menjadi panduan di dalam penyediaan objektif-objektif UMS yang konsisten dengan dasar kualiti UMS.

Secara amnya UMS bertekad:

  • memastikan pelajar mencapai PNGK 3.00, Kepujian Kelas Pertama dan skor My3S mengikut peratusan yang ditetapkan dalam semua bidang pengajian yang dijalankan.
  • menghasilkan graduan dengan kebolehpasaran dalam tempoh 6 bulan dan mencapai piawai kepuasan daripada industri .
  • memastikan program pengajian tersenarai dalam MQR.
  • menerapkan dalam kurikulum elemen pembelajaran luaryang melibatkan interaksi dan kerjasama dengan institusi pendidikan, industri, agensi kerajaan, badan-badan profesional dan masyarakat.
  • memastikan semua kakitangan mengikuti program kesedaran Sistem Pengurusan Kualiti sekurang-kurangnya sekali setahun.

 

 

No events