Increase size
Reset to Default
Decrease size
.: Utama :: Mengenai Kami :: Profil

Latar Belakang Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), UMS

 

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Sebagai permulaan pusat ini diletakkan di bawah Sekolah Sains dan Teknologi untuk menjalankan Program Asasi Sains. Pusat ini bermatlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. Di masa hadapan program-program asasi yang ditawarkan di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ini akan ditambah dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan pendidikan seperti Program Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan dan Program Asasi Sains Sukan.

Program Asasi Sains ini bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan sains asas yang mantap untuk diserap ke dalam program-program pengajian sains di Universiti Malaysia sabah. Selain itu, program ini juga berperanan untuk memberi peluang kepada calon-calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui saluran utama kementerian  (UPU). Struktur kurikulum Program Asasi Sains ini mempunyai kelulusan dan kemahiran sains yang menepati program yang disediakan oleh sekolah-sekolah di Universiti Malaysia Sabah.

 

English Version

BACKGROUND OF PERPARATORY CENTRE FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY

 

Preparatory Centre for Science and Technology was founded on January 25, 2010. As the beginning of this center is placed under the School of Science and Technology to conduct Science Foundation Programme. The center aims to equip students with a strong foundation and a deep interest in science in order to pursue her Bachelor's Degree at the University Malaysia Sabah. In the future, fundamental programmes offered Preparatory Centre for Science and Technology will be added from time to time in line with the development of education, the Foundation Programme in Economics and Management Science and Sport Science Foundation Programme.

Science Foundation programme aims to produce students who have a sound knowledge of basic science to be absorbed in science education programmes at Universiti Malaysia Sabah. In addition, this programme also serves to provide an opportunity for candidates who wish to pursue a Bachelor of ministry through the main channel (UPU). Science Foundation Programme curriculum structure is similar qualifications and skills that meet the science programmes provided by schools at the University Malaysia Sabah.


 

 
MyGoverment Ministry Of Higher Education MSC Malaysia MAMPU KRSTE.my SIRIM new ecocampuslightbg-bi