Increase size
Reset to Default
Decrease size
.: Utama :: Mengenai Kami :: Perutusan Pengarah

Selamat Datang Ke Laman Sesawang Rasmi Pusat Persediaan Sains & Teknologi, UMS

 

 

 

alt

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Selamat datang saya ucapkan ke laman sesawang rasmi Pusat Persediaan Sains & Teknologi (PPST), Universiti Malaysia Sabah. Sesawang ini dilancarkan dengan harapan ianya dapat memberikan maklumat-maklumat terkini mengenai PPST secara khususnya, dan UMS secara amnya.

 

PPST adalah sebuah pusat persediaan yang menjalankan program Asasi Sains di UMS. Pusat ini mendukung hasrat kerajaan ke arah kepesatan bidang Sains & Teknologi untuk negara dan khususnya, di negeri Sabah. Bertepatan dengan pembangunan pesat negara yang memerlukan kepakaran dalam bidang-bidang Sains yang kritikal, maka program Asasi Sains yang dikendali oleh PPST adalah untuk melahirkan modal  insan yang mempunyai asas Sains yang kuat agar dapat membantu dalam menjana pembangunan negara dan bangsa.

 

Para pelajar yang mengikut program Asasi Sains disediakan ruang pembelajaran dengan persekitaran yang kondusif dan juga dapat menikmati suasana ‘kampus ceria’ UMS berdasarkan segala kemudahan-kemudahan yang ada di UMS seperti asrama, pusat sukan, perpustakaan dan sebagainya.

Saya berharap dengan adanya laman sesawang ini, segala maklumat yang penting dapat disampaikan secara terus kepada para pelajar yang sedang menjalani program Asasi Sains ketika ini dan juga kepada bakal pelajar atau ibu bapa yang berminat di dalam program Asasi Sains di PPST, UMS ini.

“Selamat melayari laman sesawang kami”

 

Dr Sazmal Effendi bin Arshad
Pengarah
Pusat Persediaan Sains & Teknologi
Universiti Malaysia Sabah

 

 

English Version

Assalamualaikum wbt

Welcome to the official website Preparatory Centre for Science & Technology (PPST), Universiti Malaysia Sabah. This web was launched in the hope that it will provide the latest information about the PPST in particular, and generally UMS.

PPST is a preparation center that conducts programme in UMS Science Foundation. The center supports the government's aspiration towards rapid Science & Technology for the country and particularly in the state of Sabah. Coincided with the rapid development of the country that require expertise in areas critical Science, the Science Foundation programme that is run by the PPST is to produce human capital with a strong science base in order to assist in the development of the country and nation.

Students who follow the space programme Science Foundation provided a conducive learning environment and also can enjoy a 'campus cheerful' UMS based on the facilities available at UMS as hostels, sports centers, libraries, etc..

I hope that through this website, all the important information can be communicated directly to the student who is undergoing Science Foundation programme at present and also for students or parents who are interested in the programme in PPST Science Foundation, UMS.

"Enjoy browsing our website"

 

Dr Sazmal Effendi bin Arshad
Director
Preparatory Centre for Science & Technology
Universiti Malaysia Sabah

 
MyGoverment Ministry Of Higher Education MSC Malaysia MAMPU KRSTE.my SIRIM Jom Masuk U