BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)
Selamat Datang Ke
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL SPM EXECELERATE 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL PENSTRUKTURAN ASASI SAINS 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Sambutan Hari Raya Asasi Sains 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Minggu Suai Mesra Asasi Sains Sesi 2016/2017
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
PENSYARAH
Pusat Persediaan Sains & Teknologi

Berita | Selanjutnya

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains 2016 (MPSAS 2016) bagi sesi ambilan 2015/2016 pada 25hb September 2016. Majlis telah bermula pada jam 9 pagi dan dirasmikan oleh wakil kepada Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun bin Abdullah, iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin. Kehadiran pelajar, ibubapa dan pensyarah telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad. Memetik ucapannya, beliau merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di Asasi Sains dengan jayanya. Tambah beliau, seramai 1022 orang pelajar telah berjaya dilahirkan melalui program Asasi ini semenjak sesi pengajian tahun 2010/2011. Kejayaan ini selaras dengan gesaan nasional bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang berminat mengikuti kursus jurusan sains semasa di universiti kelak.

Teks ucapan Naib Canselor yang dibacakan oleh Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin pula menggesa para pelajar untuk menjadikan ilmu serta budaya ilmu sebagai elemen penting dalam kehidupan. Beliau menambah bahawa bidang sains merupakan bidang yang semakin pesat berkembang dan UMS melalui misinya akan sentiasa menambahkan ambilan graduan jurusan sains dari semasa ke semasa.

Bagi sesi ambilan tahun 2015/2016, seramai 259 pelajar telah berjaya menerima sijil yang disampaikan pada MPSAS 2016 kali ini. Pada majlis ini juga, beberapa anugerah telah diberikan kepada para pelajar yang cemerlang di dalam kategori masing-masing. Siti Zaleha Abd Tahar telah menerima Anugerah Naib Canselor (Asasi Sains UMS) dan Anugerah Pengarah Asasi Sains telah diberikan kepada Helmie Janong. Selain dari itu, Anugerah Pelajar Harapan dan Anugerah Pelajar Berdedikasi diberikan kepada Shazlin Ma Abirihim@Ibrahim dan Joubert Joisin. Majlis pada hari tersebut selesai kira-kira pukul 11 pagi.

 

  Peristiwa | Selanjutnya

December 2017
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
251375
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
183
560
2498
243278
9854
23408
251375

Your IP: 54.242.205.33
2017-12-14 06:22