BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)
Selamat Datang Ke
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL SPM EXECELERATE 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL PENSTRUKTURAN ASASI SAINS 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Sambutan Hari Raya Asasi Sains 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Minggu Suai Mesra Asasi Sains Sesi 2016/2017
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
PENSYARAH
Pusat Persediaan Sains & Teknologi

Berita | Selanjutnya

UMS, 27 Mei - Seramai 246 pelajar baru asasi Universiti Malyasia Sabah membaca ikrar dan menyerahkan borang aku janji sebagai warga universiti di bangunan baru Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, sabtu lalu. Mereka terdiri daripada 85 lelaki dan 161 perempuan yang terpilih untuk memasuki program asasi sains di Universiti Malaysia Sabah bagi sidang 2017/2018. Buat julung kalinya, kohot ini merupakan kohot pertama yang menjalani program 2 semester pengajian dan merupakan ambilan ke-lapan bagi Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST).

Minggu Suai Mesra (MSM) ini berlangsung selama 4 hari bermula dari 24 hingga 27 haribulan Mei 2017, bermula dari proses pendaftaran, taklimat akademik, taklimat kolej kediaman dan diakhiri dengan majlis penutupan MSM pada hari terakhir. Para pelajar diberi penerangan serba sedikit tentang kehidupan kampus yang bakal mereka lalui serta peraturan dalam universiti.

Pengarah PPST, Prof Madya. Dr. Sazmal Effendi Arshad, memberi ucapan kata alu-aluan kepada para pelajar di majlis penutupan tersebut. “Program asasi sains ini adalah proses peralihan daripada budaya normal alam persekolahan yang telah diekspresikan selama bertahun lamanya sebelum masuk sepenuhnya kealam universiti. Kita akui terdapat pelbagai cabaran baru yang mereka tempuhi dalam suasana kampus yang berbeza daripada sebelumnya, akan tetapi tiada kejayaan yang akan datang tanpa usaha yang gigih, semangat juang yang tinggi yang tidak pernah mengenal putus asa”. Tambahnya lagi, kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik, para pelajar haruslah menyisihkan sikap negatif untuk memburu kecemerlangan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Ybhg. Prof. Datuk  Dr. Harun Abdullah  turut hadir memberi dukungan padu terhadap program yang dijalankan sekaligus merasmikan majlis penutupan tersebut, beliau mengucapkan syabas tahniah kepada pelajar baharu yang terpilih memasuki program asasi di UMS. Memetik ucapan Naib Canselor, program ini merupakan titik permulaan bagi memperkukuhkan asas dalam bidang sains dan teknologi sebelum melangkah ke program ijazah kelak. “Universiti Malaysia Sabah merdeka menjadi pusat penyebaran ilmu pengajian bagi melahirkan  pendidikan tinggi yang berkualiti kepada pelajar, justeru pihak universiti merdeka menyediakan bimbingan dan peluang pembelajaran, dalam suasana persekitaran yang menekan inovasi dan pakar,” katanya.

Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama warga UMS untuk berganding bahu  memenuhi misi dan visi universiti, kata beliau lagi, ianya dapat disempurnakan dengan keikhlasan agar universiti terus mengorak langkah kehadapan.

Turut hadir ialah Dekan fakulti Sains Sumber Alam, Prof. Dr Baba Musta, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Prof. Dr. Zainal Arifin Bin Mustapha serta ketua-ketua jabatan UMS yang lain. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama para pelajar dan kakitangan yang hadir.

  Peristiwa | Selanjutnya

October 2017
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
206797
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
592
498
1508
200144
10273
17188
206797

Your IP: 54.80.10.56
2017-10-17 16:05