BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)
Selamat Datang Ke
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL SPM EXECELERATE 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL PENSTRUKTURAN ASASI SAINS 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Sambutan Hari Raya Asasi Sains 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Minggu Suai Mesra Asasi Sains Sesi 2016/2017
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
PENSYARAH
Pusat Persediaan Sains & Teknologi

Berita | Selanjutnya

Lebih daripada 90 pelajar Tingkatan 5 dari 12 sekolah menengah di sekitar Sabah telah mendapat manfaat melalui pengajuran Bengkel SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) Excelerate yang diadakan pada 9 dan 10 September 2017.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah.

Penceramah yang dijemput untuk mengendalikan bengkel ini ialah Encik Lee Chiong Tee, Encik Liew Voon Hong, Cik Chong Siow Han, dan Puan Chin Syuk Man yang merupakan pemeriksa kertas SPM yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu pelajar mempersiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan awam yang bakal diduduki dengan perkongsian pengetahuan dan teknik untuk menjawab kertas peperiksaan Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Bengkel ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan tips yang berguna untuk mencapai keputusan cemerlang untuk keempat-empat subjek ini.

Penceramah turut berkongsi soalan-soalan peperiksaan yang biasa disoal dalam kertas peperikasaan supaya pelajar dapat menyempitkan fokus mereka semasa belajar. Mereka juga berkongsi kesilapan yang sering dilakukan pelajar dan memberi jalan penyelesaian untuk mengatasinya.

Antara sekolah yang menyertai Bengkel ini ialah SMK Tebobon Kota Kinabalu, SMK Limbanak Penampang, SMK Menumbok, SMKA Tun Said Kota Belud, SMK Arshad Kota Belud, SMK Kota Marudu, SM Saint John Beaufort, SMK Kuala Penyu dan SM Sains Lahad Datu.

Pengarah PPST Prof Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad berkata program itu merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang pusat untuk mempromosikan pendidikan Sains dan prospeknya dalam kalangan masyarakat setempat.

Bengkel ini berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang sepanjang hari penganjurannya. Makanan disediakan dan pelajar juga menerima satu set nota dari setiap subjek.

  Peristiwa | Selanjutnya

December 2017
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
250541
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
410
573
1664
243278
9020
23408
250541

Your IP: 54.227.51.103
2017-12-12 20:19