BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)
Selamat Datang Ke
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL SPM EXECELERATE 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
BENGKEL PENSTRUKTURAN ASASI SAINS 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Sambutan Hari Raya Asasi Sains 2016
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Minggu Suai Mesra Asasi Sains Sesi 2016/2017
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
PENSYARAH
Pusat Persediaan Sains & Teknologi

Berita | Selanjutnya

Sambutan Hari Malaysia 2017 telah dilangsungkan dengan suasana meriah dan penuh patriotik di Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi (PPST) pada malam 15hb September 2017 yang lalu. Sambutan ini menjadi lebih bermakna apabila Pengarah PPST, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad, para pensyarah dan staf sokongan turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Sambutan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Asasi Sesi 2017/2018 itu diketuai oleh Nur Syamin bin Azhar dan timbalannya saudara Moses Michael Juilih dengan bantuan ahli MPP yang lain.

 Majlis tersebut diceriakan lagi dengan gelagat dua pengacara majlis iaitu saudara Muhammad Darwish Arsyad bin Mohd Zulkifli dan saudari Erney Nabila Huda binti Roslan. Pembukaan Majlis dimulai dengan Nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang dilaungkan penuh semangat oleh para pelajar asasi beserta para kakitangan PPST.

 Bersempena dengan Hari Malaysia, pengisian acara kali ini digarap selari dengan konsep penghayatan kemerdekaan. Antara segmen yang diketengahkan ialah “Gimik kemerdekaan”, kuiz kemerdekaan dan persembahan yang bertemakan semangat patriotik kepada negara. Hal ini bertujuan untuk menyemai kecintaan terhadap negara, menghormati budaya masyarakat malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa sambil mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan kakitangan PPST. Para pelajar juga turut memberikan sokongan yang padu dalam meraikan Hari Malaysia ini dengan menggayakan pakaian tradisional seperti sari, cheongsam, baju kurung dan pakaian tradisional Kadazandusun. Antara segmen persembahan yang menarik adalah pertandingan memasak dan nyanyian. Para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan memasak menunjukkan kemahiran memasak mereka dengan memasak pelbagai jenis hidangan. Seramai empat kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut dan pemenangnya ialah Razsyafiqah, Adibah Najihah dan Allia Nurul Izzah. Kumpulan tersebut telah berjaya menarik perhatian juri dengan kelazatan juadah yang dihidangkan bertemakan makanan tempatan.

Bagi pertandingan nyanyian, bakat para finalis begitu terserlah dengan persembahan yang merdu dan mengagumkan pada pertandingan peringkat akhir.  Saudari Aina Fazlina yang menyanyikan lagu bertajuk “Bahtera Merdeka” muncul sebagai juara dalam pertandingan ini disusuli dengan saudari Aina Fazlina yang telah berjaya menghiburkan penonton dengan nyanyian hebatnya. Majlis tersebut diteruskan lagi dengan acara makan malam. Para pelajar dan kakitangan dihidangkan dengan pelbagai juadah, acara ini diteruskan dengan acara Kuiz Merdeka dimana pengetahuan para pelajar mengenai Malaysia telah diuji. Segmen yang dikendalikan oleh Ekma Evaldo ini mendapat sambutan gemuruh daripada pelajar. Majlis diakhiri dengan persembahan khas dari MPP, saudari Efi Suzette Dicken dan sesi fotografi pelajar bersama pengarah.

  Peristiwa | Selanjutnya

October 2017
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
206858
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
653
498
1569
200144
10334
17188
206858

Your IP: 54.81.73.2
2017-10-17 17:50