BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Syarat Kemasukan

A) Syarat Am

Warganegara Malaysia; dan

Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dan ke atas dalam peperiksaan SPM.

B) Syarat Khas Program

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam mata pelajaran Mathematics; dan sekurang-kurangnya Gred C+ dalam TIGA (3) mata pelajaran;

- Physics

- Chemistry

- Biology

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Additional Mathematics.

dan

Terbuka kepada calon yang berketurunan Melayu, Pribumi Sabah, Bumiputera Sarawak dan Orang Asli Semenanjung Sahaja.

dan

Calon tidak buta warna dan cacat anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali/lapangan.

C) Tempoh Pengajian

Sesi pengajian adalah sekurang-kurangnya SATU (1) tahun iaitu tidak kurang daripada DUA (2) semester dan tidak lebih daripada EMPAT (4) semester yang dikira dari tarikh pendaftaran.

D) Kaedah Memohon

Permohonan adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia secara atas talian di http://upu.moe.gov.my dengan memilih Kategori A (Lepasan SPM/Setaraf) untuk Program Asasi Sains UMS (Kod Program :H0001)