BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Perutusan Pengarah

alt

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Selamat datang saya ucapkan ke laman sesawang rasmi Pusat Persediaan Sains & Teknologi (PPST), Universiti Malaysia Sabah. Sesawang ini dilancarkan dengan harapan ianya dapat memberikan maklumat-maklumat terkini mengenai PPST secara khususnya, dan UMS secara amnya.

PPST adalah sebuah pusat persediaan yang menjalankan program Asasi Sains di UMS. Pusat ini mendukung hasrat kerajaan ke arah kepesatan bidang Sains & Teknologi untuk negara dan khususnya, di negeri Sabah. Bertepatan dengan pembangunan pesat negara yang memerlukan kepakaran dalam bidang-bidang Sains yang kritikal, maka program Asasi Sains yang dikendali oleh PPST adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai asas Sains yang kuat agar dapat membantu dalam menjana pembangunan negara dan bangsa.

Para pelajar yang mengikut program Asasi Sains disediakan ruang pembelajaran dengan persekitaran yang kondusif dan juga dapat menikmati suasana ‘kampus ceria’ UMS berdasarkan segala kemudahan-kemudahan yang ada di UMS seperti asrama, pusat sukan, perpustakaan dan sebagainya.

Saya berharap dengan adanya laman sesawang ini, segala maklumat yang penting dapat disampaikan secara terus kepada para pelajar yang sedang menjalani program Asasi Sains ketika ini dan juga kepada bakal pelajar atau ibu bapa yang berminat di dalam program Asasi Sains di PPST, UMS ini.

“Selamat melayari laman sesawang kami”

Prof. Madya Dr Sazmal Effendi bin Arshad

Pengarah

Pusat Persediaan Sains & Teknologi

Universiti Malaysia Sabah