BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Profil

untitled-1 copy

LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI (PPST), UMS

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Sebagai permulaan pusat ini diletakkan di bawah Sekolah Sains dan Teknologi untuk menjalankan Program Asasi Sains. Pusat ini bermatlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. Di masa hadapan program-program asasi yang ditawarkan di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ini akan ditambah dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan pendidikan seperti Program Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan dan Program Asasi Sains Sukan.

Program Asasi Sains ini bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan sains asas yang mantap untuk diserap ke dalam program-program pengajian sains di Universiti Malaysia Sabah. Selain itu, program ini juga berperanan untuk memberi peluang kepada calon-calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui saluran utama kementerian (UPU). Struktur kurikulum Program Asasi Sains ini mempunyai kelulusan dan kemahiran sains yang menepati program yang disediakan oleh fakulti-fakulti di Universiti Malaysia Sabah.