MalayEnglish (UK)

SASSREC Latest Events

No events

Seminar SASSREC 1 : Sempadan & Keselamatan Sabah

 

Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Seminar Sempadan dan Keselamatan Negeri Sabah selama dua hari iaitu pada 25 hingga 26 Februari 2015 ini di Dewan Bankuasi, Dewan CanselorUMSdan AuditoriumYTL UMS.

Penganjuran seminar oleh pihak SASSREC ini adalah sebagai langkah murni ke arah memberikan kefahaman yang jelas dan terperinci berkaitan persolan sempadan dan keselamatan di Sabah pasca insiden berdarah di Lahad Datu yang berlaku dua tahun lalu.

Perbahasan dalam seminar ini meliputi pelbagai isu berkait persoalan keselamatan yang ditampilkan dari pelbagai perspektif yang akan dibentangkan oleh ahli akademikUMS dan luar dimana ia melibatkan 16 ahli akademik yang akan membentang kertas kerja dan hasil dapatan penyelidikan berkenaan isu keselamatan, persempadanan, migrasi penduduk, interaksi sosial, kepulauan, perairan, politik dan pengurusan konflik.

SASSREC Calendar

December 2017
S M T W T F S
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6