MalayEnglish (UK)

Sabah Strategic & Security Research Center Background

Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah, UMS (SASSREC) telah ditubuhkan pada awal tahun 2014. Penubuhan SASSREC ini adalah menunjukkan keprihatinan UMS terhadap isu-isu keselamatan seperti  insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna yang mana telah mengancam akan kedaulatan negara. Skop penyelidikan Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah ini sepenuhnya memfokuskan penyelidikan berkenaan dengan aspek persempadanan dan keselamatan terutamanya di negeri Sabah. Aspek penyelidikan yang difokuskan adalah berkenaan keselamatan dan persempadanan iaitu Politik dan Keselamatan Sabah, Hal-Ehwal Ekonomi, Pembangunan Sosial dan dan Khazanah Fizikal.

Di dalam setiap fokus tersebut terdapat beberapa bidang akan diambil kira seperti komuniti persempadanan, ancaman antarabangsa, pilihanraya dan Migrants Fifth Column yang merupakan sub kepada Politik dan Keselamatan Sabah. Bagi hal ehwal ekonomi kajian SASSREC akan memfokuskan kepada empat bidang utama iaitu peluang pekerjaan, kebajikan ekonomi bumiputra, perniagaan dan perdagangan dan BMIEGA serta pelaburan. Pembangunan sosial turut merupakan salah satu fokus utama penyelidikan SASSREC dimana dalam bidang ini SASSREC akan memfokuskan penyelidikan dalam bidang pendidikan, hubungan sesama etnik dan etnik lain dan pandangan masyarakat luar. Bidang terakhir yang akan difokus oleh SASSREC adalah dari sudut khazanah fizikal iaitu ia meliputi biodervisiti, persekitaran, warisan sejarah dan sumber mentah.