MalayEnglish (UK)

MoU UMS - PDRM

Pada 24 Disember 2014 Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diwakili oleh Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC) dengan Polis Diraja Malaysia telah mengukuhkan kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) di Dewan Bankuansi, Dewan Canselor, UMS. Melalui kerjasama ini SASSREC & PDRM akan menjalinkan kerjasama dan perkongsian pengetahuan serta kepakaran masing-masing dalam aspek jenayah, keselamatan dan kesejahteraan awam khusunya di Sabah. Kerjasama akan direalisasikan dalam pelbagai aktiviti seperti seminar, diaolog meja bulat dan turut menjalankan aktiviti penyelidikan bersama.

Pada acara Memorandum Persefahaman  (MoU) yang telah termeterai ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah wakil  Universiti Malaysia Sabah dan  Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar yang mewakil Polis Diraja Malaysia Pada pemeteraian majlis MoU ini ia turut dihadiri Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.Pada majlis MoU UMS-PDRM ini Universiti Malaysia Sabah telah melantik Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar  sebagai profesor adjung di Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah.