MalayEnglish (UK)

MoU UMS - KDN

 


Pada 5 Mac 2016 Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diwakili oleh Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC) dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diwakili oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia telah mengukuhkan kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dan diikuti dengan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) di Dewan Canselor, UMS. Melalui kerjasama ini SASSREC & IPSOM akan menjalinkan kerjasama dan perkongsian pengetahuan serta kepakaran masing-masing dalam aspek jenayah, keselamatan dan kesejahteraan awam khusunya di Sabah. Kerjasama akan direalisasikan dalam pelbagai aktiviti seperti seminar, diaolog meja bulat dan turut menjalankan aktiviti penyelidikan bersama.

Pada acara Memorandum Persefahaman  (MoU) yang telah termeterai ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah wakil  Universiti Malaysia Sabah dan  Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Seri Alwi Ibrahim yang mewakil Kementerian Dalam Negeri. 

Pemeteraian MoU UMS-KDN ini telah disaksikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Timbalan Ketua Ketua Polis Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Menteri Dalam Negeri II Tuan Masir Anak Kujat, serta pegawai-pegawai tertinggi dari KDN dan pasukan keselamatan.

Pada majlis MoU UMS-KDN ini Universiti Malaysia Sabah telah melantik Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai profesor adjung di Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah.